PH Sabah nafi kekal beri sokongan kepada kerajaan GRS dipimpin Hajiji

January 5, 2023 · Politik

Episod kemelut politik di Sabah semakin menarik apabila Pakatan Harapan (PH) itu menafikan kekal menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew mengesahkan gabungan itu tidak menyokong Hajiji lagi sebagai Ketua Menteri dan menjelaskan semua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak mengisytiharkan sokongan mereka kepada mana-mana parti melalui akuan berkanun sejak 2020, merujuk kepada sokongan mereka kepada Datuk Seri Shafie Apdal ketika itu.

“Jika ada mana-mana pihak yang mendakwa mendapat sokongan daripada kami, ia adalah tidak benar, melainkan mereka merujuk kepada kenyataan terakhir kami pada November tahun lepas di DUN,” katanya dalam satu kenyataan media.

Liew dipetik dalam laporan media pada 25 November sebagai berkata PH akan menyokong Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga pengerusi GRS, sehingga akhir penggal.

Ia ekoran GRS memerlukan sokongan PH Sabah untuk kekal menjadi kerajaan dengan memiliki sokongan majoriti 79 kerusi DUN.

Liew berkata bahawa gabungan itu masih belum memutuskan pendiriannya tetapi akan bergerak secara berkumpulan (en bloc).

“Kami telah memerhati perkembangan politik di negeri ini dengan teliti dan telah membincangkan perkara itu sesama kami.

“Kami akan memutuskan pendirian kami secara berkumpulan untuk memastikan kestabilan politik yang berterusan di Sabah dengan cara pentadbirannya diteruskan dengan lancar,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani bersama semua tujuh ADUN dari PKR Sabah, DAP dan Upko.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 12 ADUN Warisan sudah berkumpul di sebuah hotel di sini sejak sidang akhbar mengejut diadakan pada 4.30 petang. Mereka dipercayai menunggu Shafie dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk membuat pengumuman itu.

Warisan mempunyai 19 ADUN, manakala BN Sabah 17. GRS mempunyai 26 Adun.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok