PH perlu tolak pengkhianat, kata Loke

October 21, 2021 · Politik

Selepas Lim Guan Eng, kini seorang lagi pemimpin DAP tidak bersetuju dengan cadangan agar Pakatan Harapan (PH) bergabung dengan mana-mana pihak yang boleh memberi kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Anthoy Loke yang merupakan Setiausaha Organisasi DAP berkata, PH perlu menolak pengkhianat dan DAP juga telah nyatakan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

“Itu pandangan peribadi Tian Chua. Pendirian DAP telah dinyatakan secara jelas dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

“PH perlu berkempen berdasarkan dasar bersama kita dan rekod pencapaian sepanjang 22 bulan mentadbir Melaka di bawah pimpinan bekas ketua menteri Adly Zahari.

“PH perlu menolak pengkhianat. Noktah,” kata Loke menulis di Facebook.

Loke berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang meminta PH mempertimbangkan untuk menerima empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap Datuk Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Menurut Tian Chua, ia merupakan taktik yang boleh memberi kemenangan kepada PH.

Malah Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi isyarat bakal menerima empat ADUN berkenaan kerana PH kini sedang menimbang secara teliti dengan mengambilkira pandangan semua pihak sebelum keputusan dimuktamadkan.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Isu skandal seks, Exco Melaka tampil jelaskan dakwaan yang direka cipta
April 27, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok