PH perlu terima nasihat Zahid, UMNO perlu diberi kerusi banyak di Selangor

May 8, 2023 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata rundingan kerusi di Selangor bukan hanya berasaskan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lepas dan sepatutnya UMNO diberikan kerusi banyak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ketegasan Presiden UMNO dalam rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor perlu diterima secara terbuka Pakatan Harapan (PH) dan sepatutnya memberi banyak kerusi kepada rakan parti dalam kerajaan campuran tersebut.

“Kami merasakan bahawa asas PRU-14 dan PRU-13 sahaja tidak boleh digunakan sebagai basis untuk kita mengutamakan (rundingan kerusi).

“Perbincangan harus diadakan dengan BN (Barisan Nasional) dan PH,” katanya dipetik laporan media semalam.

Beliau berkata demikian semasa majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Wilayah Persekutuan di Kampung Baru semalam.

Penjelasan Zahid tersebut mempunyai asasnya kerana UMNO kini sudah mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri dan menjadi menjadi sebahagian dalam kerajaan pusat, sepatutnya mereka mendapat kerusi yang banyak di Selangor.

Paling kurang, UMNO perlu diberikan 22 kerusi DUN untuk mereka tandingi pada PRN Selangor nanti.

Walaupun sokongan semasa PRU-15 lalu menunjukkan sokongan orang Melayu dan pengundi muda tidak memihak kepada UMNO, namun situasi tersebut sudah berubah sekarang.

Malah, sejak berada dalam kerajaan campuran, UMNO kini semakin mantap dan sudah berada jauh lebih baik bersedia berbanding semasa menghadapi PRU-15 lalu.

Malah, aura kepimpinan Zahid dalam UMNO juga semakin kuat, ia semakin terserlah apabila berjaya mengekalkan jawatan Presiden tanpa ada pertandingan semasa pemilihan lalu.

Selain itu, ketiadaan musuh dalaman parti yang sudah dibuang dan digantung akan memberi suntikan baharu kepada UMNO kerana sudah mempunyai kesatuan antara sesama mereka.

Pada PRU-13, BN memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor manakala Pakatan Rakyat ketika itu memenangi 44 kerusi.

Pada PRU-14 pula, BN hanya memenangi empat kerusi dan PH pula meluaskan penguasaan mereka di Selangor dengan memenangi 51 kerusi.

Enam kerusi PH dimenangi oleh Bersatu – yang merupakan parti komponennya ketika itu – manakala PAS memenangi satu kerusi.

Sementara itu semasa PRU-15 lalu, UMNO-BN gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen yang ditandingi mereka di Selangor.

Untuk rekod, Selangor tidak mengadakan PRN secara serentak dengan PRU-15 lalu dan memilih untuk diadakan secara berasingan.

Pada 2 Mei lalu, UMNO mencadangkan agar parti itu diberikan 22 kerusi DUN pada PRN Selangor akan datang.

Ketua Pemuda Selangor, Mohd Imran Tamrin berkata cadangan UMNO adalah untuk mengetengahkan sekurang-kurangnya seorang calon DUN di setiap 22 kerusi Parlimen di negeri itu.

Berita berkaitan
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
33 minit lalu· Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
46 minit lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
1 jam lalu· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
5 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
4 jam lalu · Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
7 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
7 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
8 jam lalu · Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok