PH mohon perjumpaan segera dengan PM isu RUU lompat parti

June 13, 2022 · Politik

Pemimpin gabungan Pakatan Harapan (PH) memohon pertemuan segera dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan pembaharuan institusi yang merupakan sebahagian daripada memorandum persefahaman (MoU) mereka, menjelang persidangan Dewan Rakyat bulan depan.

Ahli Parlimen PH meluahkan kekecewaan mereka terhadap PM kerana membatalkan sidang khas Parlimen untuk membincangkan Rang Undang-undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti yang dinanti-nantikan yang telah mereka desak.

“Majlis Presiden PH menimbulkan rasa kecewa di atas kegagalan Kerajaan memanggil sidang khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang Rang Undang-Undang Larangan Anti Lompat Parti seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

“Walaupun begitu, PH berharap RUU tersebut akan dapat dibentang, dibahas dan diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini,” kata PH dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden AMANAH Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP Anthony Loke; dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Madius Tangau.

“Dengan meluluskan RUU ini, maka 15 dari 18 Perkara dalam Memorandum Persefahaman (MOU) di antara PH dan Kerajaan Persekutuan akan tercapai, bersamaan dengan 83 peratus,” kata kenyataan itu.

Tiga perkara MoU yang masih perlu dilaksana adalah:

• Menetapkan had 2 penggal atau 10 tahun bagi Perdana Menteri;
• Membentang RUU Perkhidmatan Parlimen; dan
• Meminda Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

RUU Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dilihat sebagai salah satu kejayaan besar dua blok parti antara kerajaan dan pembangkang.

Rang undang-undang itu bertujuan menghalang Ahli Parlimen daripada melompat dari satu parti ke parti lain untuk kepentingan peribadi bagi mengekalkan kestabilan politik.

Jika diluluskan, peruntukan baharu 3A akan ditambah di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan untuk menyekat kebebasan berpersatuan berhubung keahlian dalam parti politik oleh wakil rakyat.

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Ismail Sabri memutuskan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentangkan RUU itu tidak perlu diadakan.

Sebaliknya beliau berkata RUU itu akan dibentang dan dibahaskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022 bermula 18 Julai, sebelum disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan dan pewartaannya.

Berita berkaitan
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
8 jam lalu· Politik
Kurangkan subsidi, tapi kerajaan bagi rakyat RM100 dan RM50 saja: Guan Eng
10 jam lalu· Isu semasa
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022· Politik
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022· Politik
Popular
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
July 1, 2022
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
July 1, 2022
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
July 1, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Henti berbalah, UMNO perlu rapatkan barisan hadapi PRU-15: Hishammuddin
26 minit lalu · Politik
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
4 jam lalu · Politik
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
5 jam lalu · Politik
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
11 jam lalu · Politik
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok