PH Melaka nafi akan menghadap Agong

October 7, 2021 · Politik

Pakatan Harapan (PH) Melaka menafikan kononnya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Penafian itu dibuat susulan kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang mendakwa 15 bekas wakil rakyat terdiri daripada ADUN Bebas dan Pakatan Harapan (PH) itu sebulat suara untuk menghadap Agong hari ini.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari menjelaskan semenangnya berada di Kuala Lumpur tetapi ia bertujuan berbincang dan memberi tumpuan kepada isu Pembubaran Dewan Undangan (DUN) Melaka untuk dibawa ke mahkamah.

“Memang saya di Kuala Lumpur tapi setakat ini tiada perancangan ke Istana Negara.

“Saya berada di sini untuk memberi fokus kepada perkara keabsahan Pembubaran DUN untuk diadili ke mahkamah,” katanya menurut laporan.

Kerajaan UMNO Melaka pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, tumbang setelah empat ADUN, termasuk dua daripada UMNO, Bersatu, dan Bebas, menarik sokongan mereka, menyebabkan Speaker DUN Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bertemu Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam untuk membubarkan DUN.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Muhyiddin hargai setiakawan PAS
October 13, 2022
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
8 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok