PH masih sokong Ismail Sabri, MoU tak semestinya berakhir bulan ini

July 17, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) memberi isyarat akan masih menyokong kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bersedia untuk menimbang menyambung memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MoU yang ditandatangani sebelum ini tidak semestinya berakhir hujung bulan ini, malah menyatakan komitmen untuk menyambungnya walaupun UMNO sudah membuat ketetapan kepada Ismail Sabri agar tidak menyambungnya lagi.

“Saya ada berbincang dengan Perdana Menteri baru-baru ini mengenai MoU ini sebab mereka perlu melaksanakannya, setakat ini Akta Antilompat Parti sudah dipersetujui, ada kita berbincang mengenai tadbir urus dan penyelewengan yang menjadi antara kebimbangan utama.

“Namun, kita perlu bincang di peringkat PH, lagipun kita baru sahaja ada barisan kepimpinan baharu di DAP dan kini di PKR. Tetapi dari segi ketetapan MoU, ia tidak semestinya perlu berakhir bulan ini atau sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU-15),” katanya dipetik semasa sidang media Kongres Nasional PKR Ke-16 hari ini.

Anwar menjelaskan, beliau tidak mahu pembangkang dilihat sebagai pihak yang tidak menumpukan kepada isu-isu rakyat.

“Bila kita berhentikan (tempoh MoU tamat), adakah kita memaksa adakan pilihan raya, sebab masih ada isu yang perlu ditangani, tetapi kita perlu bersedia untuk pilihan raya,” katanya.

Beliau memberikan peringatan kepada Ismail Sabri berhubung status MoU tersebut.

“Minggu depan, bila saya jumpa dengan Ismail Sabri, kita tidak mahu menjadi sebahagian daripada strategi UMNO berhubung soal PRU-15 awal atau lambat.

“Kita hanya bersiap sedia meskipun pilihan raya semakin hampir,” katanya lagi.

Terdahulu, UMNO sudah membuat ketetapan dan meminta Ismail Sabri supaya tidak menyambung MoU dengan pembangkang yang akan berakhir 31 Julai ini.

Malah, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berkali-kali sudah memberi isyarat kepada Ismail Sabri agar segera membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.

Bagaimanapun, difahamkan sehingga hari ini masih belum ada perbincangan antara lima pemimpin tertinggi UMNO diadakan untuk mencari tarikh PRU, ia walaupun semasa Perhimpunan Agung Khas sebelum ini ketetapan sudah dibuat supaya “Top 5” berunding.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023· Politik
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Pegawai Zahid bidas Isham Jalil buat gelabah selepas UMNO kalah PRN
August 18, 2023
Lagi Politik terkini
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok