PH mahu PRN Johor ditangguh jika kempen bersemuka tak dibenarkan

February 10, 2022 · Politik

Sekiranya kempen bersemuka tidak dibenarkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak dibenarkan, Pakatan Harapan (PH) mahu ia ditangguhkan atas alasan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 meningkat.

Blok pembangkang itu berkata kerajaan perlu menimbang untuk menangguhkan PRN Johor sekiranya jumlah jangkitan kes Covid-19 di negara terus dijadikan sebagai senjata politik.

Bagaimanapun, kata mereka, sekiranya kerajaan enggan berbuat demikian, ceramah terbuka seharusnya dibenarkan semasa kempen yang akan bermula pada 26 Februari ini.

“Majlis Presiden memandang serius gelombang Covid-19 dengan varian Omicron yang sudah bermula dengan jumlah kes mencecah 17,000 semalam.

“Demi memastikan keadaan ini tidak diperalatkan untuk tujuan politik maka kerajaan harus pertimbang untuk menangguhkan PRN Johor.

“Sekiranya kerajaan enggan menangguhkan dan ingin memberi kelonggaran seperti negara Barat, maka kempen terbuka termasuk ceramah harus dibenarkan,” kata PH dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Upko Madius Tangau.

Pada masa sama, PH juga menegaskan agar perintah kawalan pergerakan penuh tidak boleh lagi dilaksanakan lagi kerana telah terbukti gagal sebelum ini.

Semalam, SPR mengumumkan tarikh PRN Johor pada 12 Mac ini, manakala hari penamaan calon pula pada 26 Februari dan pengundian awal pada 8 Mac.

Berhubung siri libat urus Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti bersama ahli-ahli Parlimen yang diadakan di Parlimen semalam, PH berkata mengikut Perkata 2.4 menyatakan bahawa RUU itu perlu dibentang dan diluluskan di parlimen dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Parlimen, iaitu sebelum atau pada 24 Mac ini.

“Oleh itu, Majlis Presiden berpandangan bahawa RUU Anti Lompat Parti perlu dilaksanakan seperti yang dipersefahami di dalam Memorandum Persefahaman tersebut,” kata PH.

Berita berkaitan
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023· Isu semasa
China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX
September 17, 2023· Isu semasa
Kes penipuan dalam talian meningkat di Johor, jumlah kerugian lebih RM71 juta
September 17, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
4 jam lalu · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
4 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
48 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok