PH jumpa Ismail Sabri janji sokong RUU Anti Lompat Parti

April 5, 2022 · Politik

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikunjungi pemimpin utama blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) di pejabatnya hari ini menjelang pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada 11 April nanti.

Delegasi PH diketuai Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim disertai bersama Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bertemu Ismail Sabri di pejabatnya.

Dalam satu kenyataan Majlis Presiden PH dijelaskan pertemuan tersebut bagi memberikan komitmen mereka untuk menyokong RUU Anti Lompat Parti dapat diluluskan di Dewan Rakyat nanti.

“Pakatan Harapan Beri Komitmen Penuh Untuk Luluskan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti).

“Pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri pagi ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, kenyataan itu juga berkata Ismail Sabri memberi jaminan tidak ada sebarang perubahan berhubung sidang khas yang akan diadakan pada 11 April ini dan ia akan berjalan seperti yang sudah dijadualkan sebelum ini.

“Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 sepertimana yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan memberi komitmen penuh bahawa kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan ini,” kata kenyataan itu lagi.

RUU tersebut antara salah satu janji yang termaktub dalam memorandum persefahaman (MoU) antara PH dengan kerajaan yang dimerterai sebelum ini, malah sepatutnya dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

RUU itu sebelum ini ditangguh pembentangannya kerana masih memerlukan penelitian lanjut bagi memastikan pindaan itu mendapat sokongan di Dewan Rakyat.

Pada 13 September lalu, PH dan kerajaan Ismail Sabri menandatangani MoU dalam urusan pentadbiran kerajaan.

MoU tersebut dijangka berakhir pada Julai ini dan UMNO semasa Perhimpunan Agung 2021 baru-baru ini juga lantang mendesak pembubaran Parlimen bagi memberi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
2 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok