PH hanya berunding kerusi dengan MUDA, tolak Warisan dan Pejuang

February 5, 2022 · Politik

Rundingan kerusi blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) hanya dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, tetapi tidak dengan parti pembangkang lain Warisan dan Pejuang.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang menyifatkan parti MUDA lebih mudah untuk bekerjasama dan berbincang mengenai pembahagian kerusi berbanding parti pembangkang lain.

Menurutnya lagi, malahan rundingan sudah dimulakan Setiausaha Agung MUDA, Nur Amira Aisyah Abd Aziz dan Pengerusi MUDA negeri, Mohd Azrul Ab Rahani.

“Kita rasa lebih sesuai untuk bekerjasama dengan MUDA berbanding parti lain. Setakat ini, tiada perbincangan dengan parti pembangkang lain (luar PH).

“Kerjasama itu akan menyaksikan parti komponen PH (PKR, DAP dan AMANAH) secara bersama menyerahkan sebahagian kuota kerusi DUN yang akan ditandingi kepada MUDA,” katanya dipetik laporan BH.

Mengenai calon PKR, beliau berkata, perbincangan akhir senarai calon parti itu akan dilakukan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pada 9 Februari ini, namun mengesahkan PKR akan bertanding 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 12 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Wee Tse terdahulu bersama dalam program dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh pada program ramah mesra di pekan Kelapa Sawit, Kulai.

Ditanya sama ada beliau akan kembali dicalonkan, Wee Tse yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Bukit Batu, berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu akan diputuskan kepemimpinan pusat.

Sementara itu, Anwar berkata, PKR masih mempunyai waktu menyelesaikan segala proses rundingan sebelum menyenaraikan calon terbaik mewakili parti berkenaan pada PRN Johor.

“Kita akan memuktamadkan segera, sesegera mungkin, kita kira ada beberapa hari lagi,” katanya.

Berita berkaitan
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
September 28, 2022· Politik
Kenapa Anwar keberatan nak lawan Zahid di Bagan Datuk?
September 27, 2022· Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
8 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
11 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
12 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
14 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok