PH dukung ideologi berhaluan kiri, kata penganalisis: Laporan

September 27, 2022 · Politik

Seorang penganalisis politik menyokong kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) adalah gabungan parti-parti yang mendukung ideologi kiri.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi Dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata negara sebaliknya memerlukan satu bentuk acuan sesuai yang tidak terlalu kapitalis dan tidak terlalu sosialis.

“Di mana kedua ideologi ini adalah dua ideologi akar kepada perkembangan politik di Malaysia sebelum dan selepas Merdeka.

“Kenyataan Wan Saiful adalah satu kenyataan sesuai,” katanya lapor BeritaBersatu, hari ini.

Ahad lalu, Wan Saiful berkata PH adalah gabungan parti-parti yang mendukung ideologi berhaluan kiri, dengan DAP dan PKR melaungkan agenda berteraskan sosialisme.

Menurutnya ini jelas terbukti apabila DAP hingga ke hari ini, sistem perkaderannya mesti melalui DAP Socialist Youth.

“Agenda kiri yang mereka bawa amat tidak sesuai untuk negara kita yang diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman dengan prinsip kebebasan dan keadilan sebagai terasnya,” kata Wan Saiful.

Beliau berkata ini membuka ruang untuk Bersatu memposisikan parti sebagai parti pertengahan kanan (centre right) iaitu ekonomi berteraskan perdagangan dan perniagaan.

Mengulas lanjut, Dr Mazlan berkata idea Wan Saiful yang menawarkan idealisma yang sederhana seusai dengan corak Melayu dan kepelbagaian kaum di Malaysia.

Katanya, idea itu adalah formula baik untuk Malaysia yang sedang hadapi cabaran getir.

“Maka percaya kesederhanaan hak orang Melayu sebagai bangsa Bumiputera dan Melayu sebagai bangsa Malaysia ini sesuatu yang sangat perlu difahami,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
December 9, 2022· Isu semasa
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022· Politik
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
December 8, 2022· Politik
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
December 8, 2022· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Pecat pemimpin veteran: UMNO kini terpaksa melutut di pangkuan DAP
December 10, 2022
Ulasan: Majoriti penyokong BN tidak mengundi PH di Padang Serai
December 10, 2022
Lagi Politik terkini
Mat Maslan gembira kongsi jawatan timbalan menteri dengan DAP
2 jam lalu · Politik
Ketua Wanita gembira dipecat, beri amaran Zahid usah angkuh sangat
3 jam lalu · Politik
Pecat pemimpin veteran: UMNO kini terpaksa melutut di pangkuan DAP
3 jam lalu · Politik
Ulasan: Majoriti penyokong BN tidak mengundi PH di Padang Serai
4 jam lalu · Politik
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
20 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok