PH buat kesilapan, geng pembodek Anwar boleh jatuhkan PKR: Rafizi

March 25, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) melakukan kesilapan besar apabila terus mengutamakan jawatan, terutama untuk kembali ke Putrajaya, sebaliknya mengabaikan kebajikan rakyat, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Pada masa sama bekas Ahli Parlimen Pandan itu turut mendedahkan kewujudan ‘geng paling setia’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu menyebabkan PKR tersungkur.

Menurutnya, niat untuk kembali ke Putrajaya menyebabkan pengundi atas pagar tidak berminat dengan PKR/PH, sedangkan masalah sebenar rakyat tidak diselesaikan.

“Yang berlaku ialah orang yang selalu bawa isu rakyat ialah netizen dan media sementara ahli politik selalu ikut sahaja. Bila dah viral mesti ada ahli politik muncul sebagai hero dan ini menjauhkan rakyat daripada ahli politik dan masalah itu berlaku sehingga sekarang.

“Mula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, keputusan itu tidak baik tetapi tidak nampak tanda-tanda yang begitu jelas. Kemudian berlaku di Melaka, nampak tanda-tanda pengundi atas pagar yang sebelum ini mengundi PH dan PKR sudah beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

“Pun begitu, mereka tidak undi Barisan Nasional (BN), sebab itu undi BN tidak pernah naik sejak 2018. Cuma pada PRN itu, masalah strategi yang menerima katak dan sebagainya. Ketika itu, kami ingat itu undi protes,” katanya seperti dilapor Utusan hari ini.

Rafizi yang akan bertanding Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei ini berkata selepas PRN Johor, kajian mendapati pengundi atas pagar, terutama Melayu, membayangkan ketiga-tiga gabungan iaitu BN, PN dan PH tidak boleh diterima.

“Semuanya sama sahaja, dua kali lima. Saya boleh rasa orang cakap cuma tiada data. 40,000 itu sebahagian besar pengundi atas pagar anggap semua sama. Kalau boleh semua mereka tak nak tapi bila semua sama, BN pun BN-lah. Ini yang bahaya.

“Dengan pelbagai masalah negara sekarang dan kalau saya tidak cuba membantu untuk parti dapatkan sokongan pengundi atas pagar akan memberi kesan agak besar kepada negara. Johor sebenarnya memberi signal yang besar,” katanya lagi.

Mengenai keputusan beliau kembali ke gelanggang politik, Rafizi mengakui ada beberapa golongan yang tidak gembira, sebaliknya lebih ramai yang memberi sokongan.

“Hanya segelintir yang selama ini menobatkan diri mereka sebagai ‘orang paling setia’, rapat dengan Anwar. Saya ingat mereka kurang selesa apabila saya memberi pandangan secara terbuka mengenai kegagalan dalam tempoh dua tahun lepas.

“Kegagalan itu sebahagiannya memang betul dan mereka yang terlibat perlu bertanggungjawab dalam soal pimpinan dan strategi untuk bekerjasama dengan UMNO, kemudian ada ura-ura untuk kerjasama dengan PN pula.

“Golongan ini menumpukan perhatian supaya Anwar jadi PM kerana jika berlaku, mereka kemungkinan mendapat laba dan sudah tentu jika ada pandangan yang berbeza seperti saya yang mengatakan perlu kembali bercakap soal rakyat kurang diterima,” katanya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Muhyiddin umum benar KWSP bersasar jika PN Kerajaan Pusat
November 14, 2022
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok