PH-BN tabur fitnah terhadap PN, gentar sokongan rakyat: Muhyiddin

January 10, 2023 · Politik

Gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) semakin takut dengan sokongan yang diberikan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) sehingga kini mereka berterusan menabur pelbagai fitnah, khususnya terhadap Bersatu.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gabungan PH-BN semakin gentar menghadapi PN menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Oleh itu, beliau yang juga Presiden Bersatu berkata kerajaan PH-BN terus melakukan pembunuhan karakter terhadap PN dan beliau sendiri dengan melemparkan pelbagai tohmahan jahat tidak berasas dan fitnah.

Menurutnya tohmahan itu dimulakan dengan dakwaan Perdana Menteri (PM) yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyelewengan sebanyak RM600 bilion ketika Kerajaan PN memerintah dan beliau menjadi PM.

“Kenyataan itu jelas palsu apabila mantan Menteri Kewangan kerajaan PN, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengesahkan bahawa segala perbelanjaan yang melibatkan 8 Pakej Rangsangan Ekonomi diurus secara telus.

“Tengku Zafrul kini adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kabinet kerajaan PH-BN,” katanya dalam kenyataan hari ini (10 Januari 2023) sebagai mengulas beberapa tohmahan terbaharu daripada kerajaan PH-BN kebelakangan ini.

Baca kenyataan penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin

Bagaimanapun, setelah siasatan dan penjelasan dibuat, kini katanya tohmahan dilemparkan kepada beliau dan Bersatu tertumpu pula kepada dakwaan penyelewengan dana berjumlah RM92.5 bilion, kononnya beliau mengarahkan individu tertentu mengutip tiga hingga lima peratus komisen daripada dana itu dan dimasukkan ke dalam akaun Bersatu.

“Jadi, atas andaian ini mereka memfitnah kononnya BERSATU mempunyai dana pilihanraya berjumlah RM4.5 bilion yang digunakan semasa PRU-15.

“Kerana itulah PN dikatakan berbelanja besar dan mewah semasa PRU-15 yang lalu sehingga ada pemimpin politik BN menuduh PN membeli undi untuk menang,” katanya merujuk dakwaan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mendakwa PN menggunakan wang untuk membeli undi hingga BN kalah teruk dalam PRU lalu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut mempersoalkan motif PH-BN yang hampir setiap hari melemparkan tuduhan terhadap PN dan secara berterusan melakukan witch-hunting.

“Yang terkini, penahanan reman Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut untuk tujuan siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan dana RM92.5 bilion juga dikaitkan dengan saya.

“Jawapannya mudah. PH-BN takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Mereka gelisah melihat PN mendapat sokongan sekurang-kurangnya 62% orang Melayu dan Bumiputera dalam PRU-15.

“Dengan tindakan BN bergabung dengan PH, sokongan kepada gabungan yang terbentuk atas pembohongan kepada pengundi ini akan lebih merosot, sepertimana yang terbukti dalam PRK Padang Serai dan PRK Tioman,” tambahnya.

Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan tohmahan penyelewengan RM600 bilion direka supaya tindakan undang-undang terhadap Bersatu dapat diambil dengan tujuan untuk melemahkan jentera pentadbiran parti sehingga sukar menghadapi PRN akan datang.

“Saya yakin siasatan SPRM setakat ini akan mendapati bahawa tohmahan terdapat RM4.5 bilion dalam akaun Bersatu atau akaun saya adalah palsu. Saya tidak pernah mengambil walau satu sen pun wang yang bukan hak saya.

“Sehubungan itu, Bersatu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam menjalankan siasatan.

“Jadi, janganlah reka cerita palsu dan menabur fitnah kononnya Bersatu mempunyai dana berbilion ringgit semata-mata untuk mencemarkan imej Bersatu dan PN,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Popular
PH dan BN ditolak pengundi muda, terpaksa bergantung kepada undi bukan Islam: Hadi
January 6, 2023
Chegu Bard serah bukti rumah, tanah dan kereta mewah PMX kepada SPRM
July 11, 2023
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
Kerajaan tapi berperangai pembangkang : Gerakan
July 20, 2023
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok