PH-BN sasar Hadi Awang pula untuk lemahkan PN, PAS, kata Wan Saiful

March 9, 2023 · Politik

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) kini menyasarkan pula Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam usaha melumpuhkan PN.

Menurutnya Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN menjadi sasaran baharu menyusul tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (Khamis, 9 Mac 2023) dan beliau sebelum ini.

“Setelah Tan Sri Muhyiddin dan saya dari Bersatu, kini tumpuan mereka ialah Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang dari PAS.

“Pastinya, target utama ialah melumpuhkan Perikatan Nasional agar tiada semak imbang dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, SPRM mengesahkan Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri ditahan dan akan didakwa di mahkamah esok.

20 Februari lalu, Wan Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta bagi projek berhubung inisiatif Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata Abdul Hadi disiasat kerana kenyataan beliau mengenai pertukaran kerajaan.

“Kenyataan itu tiada apa salahnya kerana memang pertukaran kerajaan boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam sistem demokrasi Westminster yang kita amalkan.

“Anwar Ibrahim adalah seorang yang sebelum ini telah dihukum penjara atas kesalahan salah guna kuasa.

“Tidak pelik jika bekas banduan ini mengulang perangai lama apabila mendapat peluang duduk di atas singgahsana,” katanya lagi.

Beliau turut memberi amaran kepada rakyat dan pemerhati antarabangsabahawa inilah dia Anwar yang sebenar.

“Tekanan yang Anwar kenakan kepada pembangkang adalah untuk melumpuhkan proses semak imbang. Nepotisme bermaharajalela dalam kerajaan Anwar.

“Anwar bukan seorang reformis. Dia seorang pendendam tua yang opportunis dan kuku besi,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai dilaporkan berkata, pihaknya telah menerima laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu, yang dibuat Pemuda Amanah Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.

“Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya.

Berita berkaitan
Mansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda
14 jam lalu· Rencana
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
17 jam lalu· Politik
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
19 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok