PH, BN pun kata nak tumbangkan kerajaan PAS di 3 negeri, tak siasat?

March 11, 2023 · Politik

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tindakan jatuh-menjatuhkan sesebuah kerajaan adalah perkara biasa dalam dunia politik dan pentadbiran.

Justeru, katanya PN yang bercita-cita untuk kembali menjadi kerajaan yakin dan menjadi pentadbir yang lebih baik daripada kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sekarang.

“Kami (PN) ada niat untuk menjadi kerajaan dan mampu jadi kerajaan yang baik. Angan-angan saya kalau jadi kerajaan akan buat yang lagi baik.

“Salah ke kita cakap macam tu? Kita ada niat dan cita-cita untuk tukar kerajaan mungkin ia akan menjadi nyata pada masa akan datang atau bila-bila,” katanya selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu Kali ke-56 di Kota Bharu, Kelantan hari ini (Sabtu, 11 Mac 2023).

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Bharu merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau ditanya mengenai tindakan pihak lawan yang tidak berpuas hati susulan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang menjangkakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang.

Terdahulu pihak polis menerima laporan terhadap ahli Parlimen Marang itu yang dibuat Pemuda Amanah dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Sementara itu, menurut Mkini, Shahidan juga berkata, parti-parti kerajaan juga mempunyai cita-cita untuk mendapatkan Kelantan, Kedah dan Terengganu pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang dan jatuh-menjatuhkan untuk jadi kerajaan adalah perkara biasa.

“Jatuh-menjatuh untuk nak jadi kerajaan itu perkara biasa, pasal bulan lima (Mei) itu orang buat di Parlimen (tunjuk lima jari), orang buat tafsiran. Apa yang siasat-siasat?

“Saya minta kerajaan siasat kenapa harga barang naik kerana rakyat sekarang tengah susah.

“Negara kita sudah cukup aman dan tidak ada gerakan atau rancangan untuk jatuhkan kerajaan, namun saya ada cita-cita untuk jadi kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok