PH, BN dah tadbir Melaka: PN belum (IV – Ketua Menteri wanita pertama)

November 18, 2021 · Politik

Kata penulis: Apa kata kali ini beri peluang kepada PN pula mentadbir Melaka. Cubalah untuk setahun lebih sahaja, bukan lama pun sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang selewat-lewatnya perlu diadakan pada 2023. Jika selepas itu tidak puas hati, buat keputusan baharu ketika PRU15. Tapi kalau OK, teruskan dengan PN.

Sambungan kisah…

Melaka akan menempa sejarah negara apabila seorang wanita dilantik menduduki kerusi Ketua Menteri (KM) sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.

Rakyat Melaka tentu akan berasa bangga apabila negeri mereka menjadi yang pertama memiliki KM wanita, setelah sejak negara merdeka semua KM atau Menteri Besar (MB) terdiri daripada lelaki.

Namun bagi memastikan sejarah dapat ditempa dan diukir di persada politik tanah air, rakyat Melaka mesti memastikan PN terlebih dahulu menang selesa PRN 20 November ini.

Penulis percaya kenyataan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin semalam bukan lagi suatu kemungkinan Melaka akan memperoleh seorang wanita sebagai KM baharu jika PN menang selesa.

Sebaliknya, penulis yakin bahawa PN akan melantik wanita menduduki kerusi itu, sekali gus menjadikan Melaka negeri pertama memiliki KM wanita sebaris dengan MB dari negeri-negeri lain.

Dalam sejarah politik negara sebelum ini hanya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja yang pernah menduduki jawatan tertinggi iaitu Timbalan Perdana Menteri di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Manakala di sektor awam pula sudah ada wanita yang menduduki kerusi Gabenor Bank Negara, Timbalan Ketua Setiausaha atau pengarah jabatan, sementara di sektor swasta telah ramai wanita yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan pemilik syarikat besar.

Tentunya rakyat Melaka tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki KM daripada wanita, dan sudah tentu jika ini berlaku bukan sahaja PN yang memberi sokongan, malah wanita dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga akan turut menyokong.

Penulis sedikit pun tidak terkejut apabila Hamzah berkata Melaka mungkin memperoleh KM wanita jika PN menang selesa.

Malah, seperti penulis katakan di atas, rakyat Melaka sewajarnya memberi peluang kepada PN pula mentadbir negeri itu, bukannya lama pun sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan. Maka penulis yakin pengundi Negeri Hang Tuah berani melakukan perubahan, apa lagi menempa sejarah baharu.

Lalu, kita boleh membuat telahan siapakah wanita pertama yang bakal menjadi KM Melaka, kerana daripada enam calon wanita diketengahkan PN pada PRN kali ini, empat adalah berbangsa Melayu.

Calon wanita PN bagi PRN Melaka kali ini ialah:

Hajah Aziah Mohd Saad (DUN N01 Kuala Linggi);
Mas Ermieyati Samsudin (DUN N02 Tanjung Bidara);
Dr Nordina Abd Latif (DUN N03 Ayer Limau);
Fong Khai Ling (DUN N20 Kota Laksamana);
Clarice Chan Ming Wang (DUN N22 Bandar Hilir); dan
Azalina Abdul Rahman (DUN N25 Rim).

Jika dilihat daripada calon-calon wanita PN itu, pastinya tumpuan kepada Mas Ermieyati yang kini menjawat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang).

Mas Ermieyati akan berdepan calon BN yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan bakal Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjung Bidara. Pakatan Harapan (PH) pula meletakkan Zainal Hassan bertanding di kerusi berkenaan.

Dalam kalangan wanita, Mas Ermieyati adalah yang pertama dari Melaka terpilih sebagai Ahli Parlimen sejak Mei 2013 yang mewakili Masjid Tanah. Tidak hairan jika pengundi Melaka sekali lagi akan menjadi rakyat Malaysia pertama yang memilih KM negeri itu daripada kaum hawa.

Beliau dilahirkan pada 13 November 1976 di Hospital Besar Melaka dan merupakan anak kedua kepada pasangan Hjh Salbiah Ahmad dan Hj Samsudin Md Ali. Dibesarkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Methodist Girls School (2) Tengkera, Melaka dan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka.

Beliau kemudiannya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (1989-1993) dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkahwin dengan Mohd. Helmy Abd Talib dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Haiqal, Hakim, Hafiy, Hasif dan Iman.

Mas Ermieyati pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan; dan kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang).

Namun yang penting, beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Khas (Perhubungan) kepada Ketua Menteri Melaka pada 2006 hingga 2013.

Apapun, kita akan menunggu pengumuman dibuat PN hari ini mengenai calon KM Melaka sekiranya gabungan parti yang turut disertai Bersatu, PAS dan Gerakan menang PRN 20 November ini.

Adakah rakyat Melaka bersedia menempa sejarah terpulang kepada pemilih yang akan membuang undi mereka pada 20 November ini.

Bersambung…

Tok Akhi
Pemerhati Politik Kampung

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
23 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok