PH, BN bergabung hadapi PRN

February 8, 2023 · Politik

Semua parti yang bergabung di bawah kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) akan bekerjasama menghadapi pilihan raya di enam negeri – Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan – dalam beberapa bulan lagi.

Gabungan PH-BN itu melibatkan PKR, UMNO, DAP, AMANAH, MCA, MIC serta parti gabungan dari Sabah serta Sarawak. Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak tidak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana masing-masing telah mengadakannya lebih awal.

Kerjasama itu diumumkan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat pertama Majlis Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur, malam tadi (7 Februari).

Bercakap pada sidang media kemudian, Anwar yang pertama kali memijak kaki ke Ibu Pejabat UMNO dalam tempoh 25 tahun selepas dipecat daripada parti itu pada 1998, turut mengumumkan penubuhan tiga jawatankuasa bagi menghadapi PRN itu.

“Satu hal yang disepakati yang sangat positif bagi saya adalah kerana kesepakatan dan komitmen semua parti termasuk rakan-rakan dari Sabah, Sarawak untuk terus membantu sebagai satu pasukan,” katanya.

Dalam kenyataan di Facebook beliau, Anwar berkata tiga jawatankuasa itu merupakan Jawatankuasa Perundingan Kerusi; Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik; dan Jawatankuasa Komunikasi Strategik.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, Jawatankuasa Perundingan Kerusi akan menumpukan perancangan PRN yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja.

“…ia merencanakan hal PRN terutamanya dalam pembahagian kerusi dan menumpukan kegiatan mereka untuk memastikan kita punya tapak kukuh dalam PRN,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Jawatankuasa Komunikasi Strategik pula ditubuhkan bagi memberi penjelasan mengenai salah faham dan fitnah melampau terhadap kerajaan.

“Contohnya isu pembakaran al-Quran… beberapa orang kononnya tokoh-tokoh agama menggunakan kenyataan dalam kenyataan mereka seolah-olah kita belum berbuat apa-apa (mengenai itu).

“Padahal, masa itu kita telah mengeluarkan kenyataan keras mengecam, (di mana) Kementerian Luar panggil Kedutaan Sweden dan berikutnya saya umumkan pengedaran satu juta Quran,” katanya.

Manakala Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik bertujuan mengambil kira pandangan dan manifesto yang dikemukakan dan juga keutamaan yang melibatkan kos sara hidup dan kerjasama di antara semua kaum dan negeri.

Jawatankuasa berkenaan akan dikendalikan oleh Sekretariat Majlis Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Anwar sebagai pengerusi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadhillah Yusof sebagai setiausaha agung; Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi sebagai ketua sekretariat dan ketua-ketua parti gabungan sebagai timbalan pengerusi.

Mesyuarat sekretariat itu akan diadakan pada setiap bulan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi bagi persediaan PRN, Anwar hanya berkata jawatankuasa PRN akan segera berbincang mengenai perkara itu.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023· Isu semasa
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok