PH belum putuskan siapa bakal calon MB Johor

March 3, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) setakat ini belum memutuskan siapa yang akan bakal dilantik sebagai Menteri Besar (MB) Johor jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh yang menyifatkan siapa yang bakal dilantik sebagai MB Johor tidak penting dan ia bukan topik perbincangan utama bagi pemimpin blok pembangkang itu.

“Bukan saya nak selindung, memang tak ada.

“Itu bukan perkara utama sebab apa yang penting bagi kami ialah untuk menyampaikan hasrat rakyat dalam PRN kali ini,” katanya dipetik laporan media dalam program semalam.

Kenyataan Syed Ibrahim itu juga secara tidak langsung menunjukkan gabungan tersebut tidak mempunyai keyakinan untuk memenangi PRN Johor sekaligus tidak mahu memalukan diri sendiri sekiranya menamakan calon MB tetapi tewas pula pada PRN Johor nanti.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata PKR tidak akan menggunakan strategi sama seperti dalam PRN Melaka dengan mengumumkan nama calon MB lebih awal.

“Sebab itu di Johor ini fokus utama ialah kegagalan kerajaan untuk menangani masalah rakyat.

“Setahu saya strategi kami ialah untuk menang, bukannya kedepankan seorang calon MB… bukan itu,” katanya lagi.

Syed Ibrahim juga menafikan spekulasi mengatakan kononnya calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang, Maszlee Malik, akan dipilih sebagai MB sebagai tidak benar.

“Saya pun tak keluarkan apa-apa kenyataan dan bagi saya itu adalah sebagai anggapan daripada pihak media.

Berita berkaitan
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
2 jam lalu· Politik
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
15 jam lalu· Politik
Program himpunan PN di Tanjung Karang dihalang kerajaan negeri, kata Roslan
June 3, 2023· Politik
DUN Selangor terbubar secara automatik pada 25 Jun ini, kata MB
June 3, 2023· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
Peja sahkan tidak tanding PRN
40 minit lalu · Politik
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
5 jam lalu · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
5 jam lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
5 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok