PH belum bincang permohonan MUDA jadi parti komponen kelima

September 10, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) belum lagi membincangkan permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyertai gabungan sebagai parti komponen kelima.

PH kini dianggotai PKR, DAP, AMANAH dan UPKO, yang membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata permohonan itu akan segera dipertimbangkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ditemui media selepas menghadiri Program Pentas Angkatan Muda di Taman Medan di Petaling Jaya, malam tadi, Presiden PKR itu berkata sehingga kini pemimpin utama PH belum mengadakan pertemuan termasuk bagi membincangkan mengenai permohonan MUDA.

“Belum (bincang). Secepat mungkin,” katanya ketika ditanya sama ada PH sudah memutuskan mengenai permohonan itu.

Hadir sama Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amiruddin Shaari dan Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Wanita PKR, Senator Fadhlina Sidek; serta Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Adam Adli Abdul Halim.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut memaklumkan agihan kerusi bagi komponen PH akan ditetapkan pada kadar segera.

“Kita akan tetapkan segera. Semuanya kelihatan terlalu pantas,” katanya.

Sebelum ini, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada sidang media memaklumkan parti itu bersetuju menyertai PH sebagai antara parti komponen dalam gabungan itu bagi menghadapi PRU-15.

MUDA juga memaklumkan menyasarkan 15 kerusi Parlimen pada PRU-15.

Bagaimanapun, hasrat MUDA itu dilihat tidak disenangi akar umbi Anak Muda Keadilan (AMK) serta PKR.

Perkara ini ditegaskan Ketua AMK Adam Adli yang berpendapat kepimpinan PH perlu merujuk kepada beberapa isu penting terlebih dahulu sebelum membuat keputusan MUDA menyertai gabungan itu.

Paling ketara, katanya adalah pendapat dan sentimen dalam kalangan akar umbi.

“Rata-rata akar umbi dan pimpinan AMK serta Keadilan dilihat tidak senang dengan perkembangan ini, dan ianya adalah berasas.

“Tiada jalan mudah buat MUDA. Banyak prasyarat yang perlu dipertimbang sebelum keputusan dicapai. Banyak laluan yang perlu ditempuh selain Majlis Presiden PH.

“Sehingga kini, di peringkat AMK, KEADILAN, malah Majlis Presiden PH; tiada perbincangan khusus pernah diadakan berkait hasrat MUDA tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Twitternya.

Berita berkaitan
Bubar Parlimen pada Jumaat? Mahfuz ucap selamat membubar kepada PM
October 4, 2022· Politik
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022· Politik
UMNO nak PRU-15 bukan nak bela rakyat, tapi nak tukar keputusan mahkamah: Anwar
October 4, 2022· Politik
Usul bahas isu ekonomi dan kejatuhan ringgit ditolak Dewan Rakyat
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Tuan Ibrahim sahkan semua Menteri PN hantar surat kepada Agong
October 6, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
8 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
8 jam lalu · Politik
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
10 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
12 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok