Petugas SPR sudah dilatih untuk berdepan PRU semasa banjir, kata Wan Ahmad

September 21, 2022 · Politik

Walaupun semasa musim banjir, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dilatih untuk berdepan situasi tidak menentu sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata petugas menerima latihan dan taklimat secukupnya jika PRU diadakan semasa musim bencana banjir, malah jika berlaku banjir proses pengundian boleh ditangguhkan.

Sekiranya banjir, SPR akan mengeluarkan arahan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Bahagian Pilihan Raya terlibat supaya mengarahkan semua Ketua Tempat Mengundi (KTM) mengambil tindakan memberhentikan pengundian.

Beliau seterusnya menjelaskan, peti undi yang sudah mengandungi kertas-kertas undi (oleh pengundi yang sempat mengundi), peti-peti undi berkenaan perlu dikunci mengikut tatacara kerja yang ditetapkan.

“Semua KTM dan petugas-petugas SPR di saluran-saluran Tempat Mengundi telah diberi latihan dan taklimat secukupnya untuk menjalankan tugas-tugas apabila berlaku keadaan banjir mengejut di pusat mengundi yang dinaiki air.

“Peti-peti undi yang dikunci dengan pelekat keselamatan mesti disaksikan oleh semua ejen calon atau ejen tempat mengundi supaya tidak timbul keraguan atau bantahan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Kemudiaan jelas Wan Ahmad lagi, peti-peti undi dari pengundian yang tertangguh itu akan dibuka oleh KTM pada hari pengundian baharu yang SPR tetapkan dengan disaksikan semua ejen calon yang bertanding.

Beliau bagaimanapun berkata, pengurusan dan pengendalian pilihan raya di musim hujan tidak memberi masalah kepada SPR.

Cuma, kata beliau, kesulitan dan masalah kepada pihak parti-parti politik dan para penyokong untuk berkumpul di luar kawasan pusat-pusat pengundian yang ditetapkan untuk menunjukkan sokongan.

Menurut beliau, SPR pernah menjalankan urusan pilihan raya dalam situasi musim hujan iaitu ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 (1999) yang mana Parlimen dibubarkan pada bulan Oktober dan hari pengundian pada November.

Bagaimanapun ketika itu sudah mula musim hujan di negeri-negeri Pantai timur tetapi tiada pusat mengundi yang dinaiki air.

Beliau malah berkeyakinan SPR tidak berhadapan masalah dari segi mengurus dan menjalankan proses pengundian di pusat-pusat mengundi asalkan tempat atau kawasan tidak banjir atau dinaiki air.

Jika air naik sekali pun sekiranya berlaku banjir, pusat-pusat mengundi terpaksa ditutup.

Berhubung kos menguruskan PRU ketika hujan atau banjir, beliau berkata, ia dijangka meningkat sedikit sekitar 10 peratus untuk seluruh negara jika terdapat pusat-pusat mengundi yang terpaksa ditutup.

Namun, katanya, jika pusat mengundi terpaksa ditutup dan proses pengundian di setiap saluran pengundian ditangguh, peningkatan kos melibatkan tambahan sedikit elaun kepada petugas dan persiapan untuk penyediaan proses pengundian baharu bagi menggantikan mana-mana pusat pengundian yang ditutup.

“Tambahan kos seperti keperluan untuk menyediakan payung-payung di setiap pintu masuk pusat mengundi, kos menyewa pengangkutan berat untuk membawa peralatan keluar dari kawasan banjir ke tempat selamat dan kos tambahan peruntukan elaun dan makanan kepada para petugas.

“Persediaan dan kos peralatan dan logistik lain tidak berubah seperti peti undi, kertas undi, borang-borang, pencil, pembaris, dakwat, bekalan makanan dan lain-lain semua tetap sama,” katanya.

Untuk rekod, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata jentera kempen Barisan Nasional (BN) sudah bersiap-sedia meredah banjir sekalipun PRU diadakan semasa musim bencana pada November hingga Disember nanti.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
23 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok