Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’

September 28, 2022 · Politik

Bimbang dengan semangat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu meredah banjir bagi berkempen semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kini satu petisyen dilancarkan bagi menghalang ia terus diadakan semasa bencana dihadapi rakyat.

Petisyen dilancarkan PKR itu bertujuan menghalang daripada pembubaran Parlimen sehingga PRU-15 terpaksa diadakan semasa rakyat sedang berdepan kesusahan .

Pelopor kepada petisyen tersebut, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata petisyen itu dilancar bagi memastikan suara rakyat didengar dan menghalang daripada PRU-15 diadakan pada ketika rakyat sedang berdepan bencana banjir.

“Bantu saya bawa suara anda kepada ahli-ahli politik. Tandatangan petisyen ini dan sebarkan kepada seramai mungkin melalui semua saluran.

“Saya hanyalah seorang rakyat. Dengan bantuan ratusan ribu suara rakyat yang lain, suara kita bersama akan didengari oleh ahli politik,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau pada Selasa.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat tekanan hebat dari UMNO untuk mengadakan PRU-15 secepat mungkin.

“Jika Parlimen dibubarkan dalam masa sebulan dari sekarang, PRU-15 akan diadakan semasa musim banjir. Semua laporan kaji cuaca meramalkan bencana banjir yang lebih parah tahun ini.

“Belum pun musim tengkujuh sampai, kejadian banjir kilat terus berlaku di tempat-tempat yang sebelum ini tidak mengalami bencana banjir yang teruk,” ujarnya.

Tambah beliau, Zahid mendabik dada bahawa UMNO sanggup meredah banjir demi PRU-15 yang lebih awal.

“Semua parti politik akan bersedia secukupnya apabila PRU15 dipanggil. Isunya bukanlah soal parti-parti politik gah berkempen walaupun menghadapi banjir.

“Isu pokok ialah semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menghadapi banjir dan semua perkara yang boleh ditangguhkan atau dielakkan, wajarlah ditangguhkan dahulu,” katanya.

Menurutnya, PRU-15 semasa banjir bermakna lebih RM1 bilion akan digunakan untuk menguruskan pilihan raya.

“Sedangkan dana rakyat itu lebih baik disalurkan kepada usaha menangani bencana.

“Ia juga bermakna beratus ribu penjawat awam perlu bertugas untuk mengendalikan pilihan raya malahan mereka wajar bersama-sama sukarelawan membantu mangsa banjir,” ujarnya lagi.

Petisyen Bantahan PRU15 Semasa Banjir: Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan menerusi https://www.change.org/p/bantah-pru15-semasa-banjir-selamatkan-nyawa-bukan-jawatan dengan 2,780 tandatangan telah diterima setakat jam 7 malam Selasa.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
5 minit lalu· Politik
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
2 jam lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
20 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok