Perwakilan sanggah dakwaan anak muda sokong PN tidak berpelajaran

March 12, 2023 · Politik

Dakwaan golongan muda menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai golongan tidak berpendidikan tinggi, tiada pendapatan disanggah perwakilan Bersatu yang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan parti itu hari ini.

Exco Armada Bersatu, Abdul Mutallib, 32, berkata kenyataan tersebut satu penghinaan kepada golongan muda.

“Itu bagi saya tidak betul, saya sendiri ada ‘degree’ (Ijazah sarjana muda), kawan saya di Kedah yang menyokong PN ada ‘double degree’ (dua ijazah sarjana muda), calon-calon dari Armada, Pemuda PN sekiranya kita lihat pada kelayakan agak cemerlang. Tanggapan itu meleset.

“Saya ingin ingatkan, jangan kacau anak muda di luar sana. Kalau kita tengok rupa mat rempit, latar belakangnya tak tentu kita tahu,” katanya.

Exco Srikandi Muda Masjid Tanah, Nur Farah Azrina, 23, pula berkata golongan muda yang menyokong PN turut terdiri daripada golongan profesional, berpendapatan tinggi dan berpendidikan tinggi.

“Contohnya Pengerusi Srikandi Muda Bersatu adalah seorang peguam, Ketua Penerangan seorang ahli perniagaan, setiausaha kami seorang pensyarah,” katanya.

Secara sinis Nur Farah berkata, adalah lebih baik menjadi seorang yang ‘biasa-biasa’ daripada menjadi ‘orang yang pernah ditolak dalam pilihan raya tetapi diberikan jawatan dalam kerajaan’.

Ahmad Faizal, 51, pula berkata, darjat anak muda sepatutnya diangkat oleh kerajaan bukan diperlekehkan.

“Kenyataan itu tidak betul, anak-anak muda sekarang ini sudah banyak belajar di universiti dan memulakan kehidupan, negara kita kaya dengan orang muda berpendidikan tinggi.

“Sebenarnya, mereka mungkin nak alihkan isu, dulu mereka mengharapkan sokongan anak muda ini akan beralih kepada mereka, tapi sebaliknya berlaku seperti dilihat pada PRU-15,” katanya.

Faizal yang berasal dari Kulim, Kedah itu turut menganggap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang tewas di Parlimen Kulim Bandar Baharu pada PRU-15 sepatutnya menyalahkan diri sendiri apabila tidak mendapat sokongan anak muda.

“Pemuda Armada, PAS, Gerakan, sememangnya menitikberatkan suara anak muda, kerana pada satu hari mereka yang akan menggantikan orang yang lebih tua.

“Sebagai orang Kulim, semua orang boleh nampak. Sepanjang YB Saifuddin menjaga Kulim tiada satu perkara yang jitu dibuat. Patutnya dia tengok dulu diri dia kat cermin, anak muda adalah aset kita,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan Saifuddin berkata, golongan muda yang mengundi PN pada PRU-15 sebagai tidak mempunyai pendidikan tinggi dan tiada pendapatan tetap.

Video rakaman ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Kedah 2023 pada 25 Februari lalu yang tular antara lain menunjukkan Saifuddin berkata: “Mana hat pelajaran tak berapa tinggi, pendapatan tak berapa tetap hat tu, hat naik motor sana sini bagi kat Perikatan (PN). – SatuBerita

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu· Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
Sokongan kepada PN akan bertambah walaupun terus ditekan: Takiyuddin
March 11, 2023· Politik
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok