Peruntukan masih belum dapat, pembangkang bukan peminta sedekah :Tuan Ibrahim

May 8, 2023 · Politik

Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan kerajaan yang adil akan menyalurkan peruntukan kepada semua ahli Parlimen tanpa perlu ditagih.

Tegas Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS, ahli Parlimen pembangkang bukannya peminta sedekah yang perlu merayu peruntukan sedangkan ia sudah sepatutnya diagihkan kepada semua Parlimen tanpa mengira blok politik.

“Ya, (tidak akan kemuka cadangan tapi) salurkan terus. Kami bukan penagih yang perlu merayu-rayu macam peminta sedekah, sebaliknya kerajaan adil akan menyalurkannya.

“Ini bukan kepentingan ahli Parlimen sebaliknya untuk rakyat telah memilih kami dalam pilihan raya umum lalu. Saya harap sebagai sebuah kerajaan Madani, laksanakan agihan tersebut,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, lapor FMT.

Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang ditugaskan berunding dengan wakil pembangkang berhubung isu pengagihan peruntukan itu berkata pembangkang masih perlu mengemukakan cadangan kepada kerajaan berhubung jumlah peruntukan yang bakal diterima ahli Parlimen mereka.

Alasannya, cadangan itu perlu memandangkan kerajaan sekarang bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetapi kerajaan perpaduan.

Berita berkaitan
Tak ada parti dalam kerajaan campuran percaya dengan PAS: Zahid
May 30, 2023· Politik
PMX kata tak tahu berhubung dakwaan tawaran kepada PAS
May 30, 2023· Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
June 2, 2023
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
3 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
3 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
4 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
5 jam lalu · Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
22 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok