Peruntukan ADUN PAS di Pahang dihentikan selepas UMNO berkuasa di Putrajaya

September 14, 2022 · Politik

Kerajaan negeri Pahang menghentikan penyaluran peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sejak Januari lalu, dedah seorang wakil rakyatnya.

Langkah menghentikan penyaluran peruntukan itu dibuat selepas UMNO kembali berkuasa di Putrajaya, kata ADUN Panching, Tarmizi Yahaya kerana semasa Perikatan Nasional (PN) menjadi Kerajaan Persekutuan peruntukan masih lagi diterima semua ADUN PAS sebelum ini.

“Kami ADUN PAS tak terima peruntukan sebanyak RM20,000 sejak Januari. Ia ditamatkan tanpa sebarang notis. Kami tak dimaklum, tak dipanggil berjumpa untuk berbincang,” katanya dipetik laporan FMT.

Jelasnya, krisis dalam Muafakat Nasional (MN) mungkin menjadi punca UMNO tidak menyalurkan peruntukan kepada ADUN PAS lagi.

“Ada kemungkinan (tamat sebab MN), sebab bila ada isu di peringkat MN, bermula dari situ, UMNO mula hentikan peruntukan,” jelasnya lagi.

Tarmizi juga mendesak UMNO-Barisan Nasional (BN) Pahang memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Untuk rekod, PAS mempunyai lapan wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendedahkan ADUN PAS di Pahang tidak menerima sebarang peruntukan dari kerajaan negeri pimpinan UMNO-BN.

Berbeza dengan situasi di Kelantan dan Terengganu, di mana ADUN UMNO masih menerima peruntukan daripada kerajaan negeri, walaupun tidak bersama dalam pentadbiran.

Mengambil kira situasi di negeri pimpinan PAS, iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah yang masih menyalurkan peruntukan sama rata kepada ADUN UMNO, Tarmizi mahu ia turut diamalkan di Pahang demi agenda pembangunan umat Melayu Islam di negeri itu.

“Ikutnya, (kerajaan) Umno Pahang dapat peruntukan daripada kerajaan pusat, dia kena ingat antara jasa dia dapat peruntukan itu ialah hasil dukungan Bersatu dan PAS di peringkat pusat.

“Peruntukan (disalurkan kerajaan pusat), kerajaan negeri ambil, tapi tak disalurkan kepada ADUN PAS. Ini tidak adillah,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023
Lagi Politik terkini
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
9 minit lalu · Politik
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
16 jam lalu · Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
16 jam lalu · Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
22 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok