Pertikai sokongan Zahid kepada Anwar, DAP bukan fitnah: Tun Faisal

April 1, 2021 · Politik

Tun Faisal Ismail Aziz tampil membela diri dengan mendakwa tindakan mempertikai sokongan dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP bukan fitnah.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang digantung keahlian enam tahun itu berkata kecaman terbuka terhadap Zahid yang dijadikan asas hukuman terhadap dirinya adalah suatu keputusan yang tidak adil.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi tidak ada sebarang unsur kritikan, fitnah, celaan dan kecaman yang saya lakukan terhadap Presiden secara terbuka.

“Ia adalah pandangan umum berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa yang berkisar kepada surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar dan Jajaran Politik Baru melibatkan PKR dan DAP, serta rumusan terhadap kredibiliti Presiden berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku, iaitu penolakan demi penolakan terhadap kerjasama dengan Anwar dan DAP oleh Majlis Kerja Tertinggi,” kata beliau semasa sidang media selepas menyerahkan surat rayuan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hari ini.

Beliau berkata pendedahan sokongan Zahid itu adalah isu yang penting bagi UMNO tangani kerana ia memberikan implikasi tidak baik kepada parti dan penyatuan ummah.

“Isu sokongan terhadap Anwar, Jajaran Politik Baru melibatkan kerjasama dengan Anwar, PKR dan DAP, dan isu kredibiliti Presiden adalah isu yang amat penting untuk ditangani segera.
“Pandangan-pandangan yang saya berikan mengenai Presiden adalah benar dan diberikan demi kebaikan diri Presiden, UMNO dan Agenda Penyatuan Ummah.

“Tindakan segera daripada Presiden penting agar UMNO mempunyai hala tuju yang jelas dan perpecahan dalaman UMNO dapat diredakan. Tindakan daripada Presiden ini juga penting bagi memastikan UMNO memperolehi kemenangan yang lebih besar dalam PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15),” ujarnya lagi.

Berhubung rayuan yang dibuatnya, Tun Faisal menjelaskan Lembaga Disiplin UMNO sebenarnya terkhilaf dalam menjatuhkan hukuman terhadap dirinya dan tidak berlaku adil, malah lembaga tersebut juga dilihat lemah kerana ia tidak diketuai oleh seorang yang mempunyai latar belakang undang-undang.

“Saya juga menyatakan bahawa Lembaga Disiplin UMNO pada hari ini juga bukanlah suatu organisasi yang teratur dan terdapat ruang untuk mereka terkhilaf dan berlaku tidak adil.

“Saya difahamkan bahawa sedikit sebanyak kelemahan Lembaga Disiplin UMNO hari ini adalah kerana ia tidak diketuai oleh seorang yang mempunyai latarbelakang undang-undang,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
7 jam lalu· Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
8 jam lalu· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
11 jam lalu· Isu semasa
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
12 jam lalu· Politik
Popular
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
8 jam lalu · Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
15 jam lalu · Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
18 jam lalu · Politik
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok