Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan

January 31, 2023 · Politik

UMNO menyatakan ketegasan tiada pelanggaran peraturan dalam keputusan meluluskan usul tiada pertandingan jawatan tertinggi parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pertemuan dengan RoS berlangsung hari ini dan empat wakil parti sudah berbincang berbincang dengan enam pegawai RoS diketuai ketua pengarah dan timbalannya berhubung isu aduan yang dibuat dua ahlinya berhubung usul tersebut.

“Jadi, empat pegawai UMNO berhadapan dengan enam pegawai RoS pagi tadi. Segala perkara yang telah saya nyatakan ialah tidak ada sebarang pelanggaran peraturan mesyuarat atau perlembagaan UMNO ketika selesai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 baru-baru ini.

“Saya nyatakan majoriti lebih 90 peratus perwakilan yang hadir pada perhimpunan itu bersetuju kepada usul nombor 8 iaitu jawatan presiden dan timbalannya tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini.

“Saya telah menjelaskan dan dibalas dengan pertanyaan daripada pihak RoS dan saya telah jawab dengan rapi segala jawapan itu berdasarkan peraturan serta juga perlembagaan parti,” katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.

Menurutnya lagi, UMNO juga akan menyerahkan dokumen tambahan kepada RoS Khamis ini, antaranya minit mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO 2022 secara terperinci dan pindaan perlembagaan UMNO yang dibuat.

“Hari ini, perbincangan dan jawapan saya bahawa tidak ada sebarang pelanggaran terhadap usul yang dibentangkan dari segi peraturan mesyuarat dan perlembagaan.

“Sebab yang dua ahli UMNO yang berjumpa RoS baru-baru ini pun berkaitan isu usul tambahan nombor 8. Hari ini, kami selesai bab itu dahulu, bab lain Khamis ini akan kami bentangkan,” katanya lagi.

Terdahulu, dua ahli UMNO dari Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, membuat aduan kepada RoS berhubung usul yang diputuskan semasa PAU tempoh hari.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
14 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
5 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
16 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
17 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
17 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok