Pertemuan Agong: PKR akan desak naikkan Anwar sebagai PM, adakan PRU

June 8, 2021 · Politik

Misi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) baharu mungkin menemui sinarnya apabila parti itu dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, cadangan itu antara yang akan dikemukakan partinya, selain desakan supaya diadakan segera Pilihan Raya Umum (PRU).

Menyifatkan pertemuan itu sebagai peluang keemasan bagi PKR dan Anwar untuk diangkat sebagai PM baharu, beliau berharap agar cadangan itu dapat diterima dan akan disuarakan oleh Presiden kesayangan mereka ketika menghadap nanti.

“Saya memang berharap PKR bukan sahaja menyatakan perkara ini di depan Yang di-Pertuan Agong, tapi juga pandangan tentang apa yang terbaik perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara,” katanya kepada Agenda Daily.

Beberapa siri pertemuan peringkat tertinggi parti akan berlangsung minggu ini berkemungkinan bagi merangka landskap politik baharu dikala Proklamasi Darurat yang dijangka berakhir penghujung Ogos ini.

Difahamkan, Agong telah berkenan menerima menghadap barisan pemimpin parti-parti politik mulai esok secara berperingkat.

Spekulasi dalam arena politik sedang bertiup kencang setelah Datuk Khairuddin Abu Hassan, penyokong setia Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat satu hantaran samar-samar di Twitternya mengenai perkenan Agong untuk menerima menghadap barisan pemimpin parti-parti politik besar.

Tambah Ahli Parlimen Kapar itu lagi, dalam keadaan sekarang negara ini perlu diselamatkan dan oleh itu peneraju baharu perlu segera dilantik.

“Kita bina semula negara yang sudah hancur ini jadi kita kena selamatkan rakyat… buat yang terbaik demi agama, bangsa dan negara jadi dalam keperluan ini perlu ada pengorbanan kerana mereka yang gagal itu perlu mengundurkan diri.

“Bagi orang yang mampu melakukannya, mereka yang sudah tiada kemampuan beri kepada yang berkemampuan jangan kita merosakkan sistem yang ada dengan nak hancurkan negara ini,” katanya lagi.

Sementara itu, beberapa pemimpin blok pembangkang yang dihubungi Agenda Daily bagaimanapun mengunci mulut mereka untuk mendedahkan perkara yang akan dibangkitkan ketika majlis menghadap Agong nanti, namun tidak menolak kemungkinan untuk mendesak agar PRU diadakan segera walaupun negara masih bergelut dalam penularan pandemik Covid-19.

Menurut sumber lagi, langkah mengadakan PRU adalah langkah terbaik dan cadangan tersebut akan disampaikan kepada Agong ketika pertemuan yang dijadualkan berlangsung minggu ini.

“Pilihan raya mungkin cadangan terbaik dan blok pembangkang mungkin akan persembahkan kepada Agong berhubung cadangan tersebut supaya diterima.

“Calon blok pembangkang adalah Anwar dan UMNO dijangka menerima cadangan ini kerana tawaran Timbalan Perdana Menteri untuk wakil daripada parti mereka,” kata sumber.

Usaha Agenda Daily menghubungi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengesahkan tawaran berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada wakil partinya bagaimanapun gagal.

Anwar pada 20 September 2020 lalu juga melaungkan keyakinan mampu untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi daripada Ahli Parlimen untuk menjadi PM.

Namun sehingga kini beliau masih belum dapat menjawat jawatan berkenaan meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu sejak dahulu lagi.

Menurut Anwar, beliau bukan gagal menjadi PM cuma belum tiba masanya lagi.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok