Pertembungan banyak penjuru, BN sudah bersiap sedia sepenuhnya: Shamsul Anuar

February 17, 2022 · Politik

Walaupun dijangka berdepan pertembungan banyak penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia untuk menghadapi semua lawan mereka.

Keyakinan itu dilontar Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang menyifatkan situasi itu mungkin sedikit menggugat peluang untuk mereka menang namun persiapan rapi sudah dilakukan bagi memenangkan calon mereka pada PRN nanti.

“Oleh itu, secara peribadi saya percaya untuk mengatakan BN selesa atau tidak bertanding empat penjuru ia bergantung kerusi yang dipertandingkan. Ini kerana keadaannya tidak sama di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

“Kelebihan akan diperoleh oleh calon yang punyai rekod berkhidmat terbaik kepada rakyat atau bagi calon baharu memiliki ciri-ciri yang rakyat inginkan.

“Jadi saya yakin kepimpinan BN akan bersiap sedia dalam semua situasi dan menganggap PRN Johor kali ini sama ada melibatkan pertandingan empat penjuru, satu atau dua penjuru atau lain-lain sebagai suatu cabaran mesti dihadapi dengan serius dan bijaksana serta tidak menganggapnya sebagai laluan mudah,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Jelasnya lagi, Shamsul Anuar berkata, pelbagai pihak boleh membuat analisa dan ulasan mengenai PRN Johor namun semua pandangan ini baik untuk dinilai serta dihalusi BN kerana sebagai sebuah parti politik, idea itu penting dalam mengatur pendekatan dan strategi parti.

Jelasnya, terdapat 56 kawasan DUN dipertandingkan PRN Johor dan sudah pasti menjadi rebutan pelbagai parti politik dan sudah tentu landskap dan situasinya berbeza antara satu DUN dengan yang lain.

“Situasi sangat berbeza. Kemenangan di Melaka dan sebelum itu pencapaian BN di Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Tanjung Piai, Johor sebelum ini bukan jaminan kepada BN untuk menang selesa di PRN. Oleh itu, semua jentera BN mesti bekerja kuat meyakinkan rakyat untuk menyokong BN,” katanya.

PRN Johor bakal menyaksikan banyak parti baharu akan membuat penampilan sulung mereka, antaranya parti MUDA, Pejuang dan Warisan yang masing-masing akan bertanding buat kali pertama di pentas pilihan raya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok