Pertandingan banyak penjuru semua kerusi DUN dalam PRN Sarawak

December 6, 2021 · Politik

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 18 Dis ini bakal menyaksikan kesemua pemimpin politik utama negeri berdepan persaingan pelbagai penjuru di kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Menurut laporan Bernama, selepas proses penamaaan calon selesai hari ini, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Ketua Menteri akan menerajui gabungan empat parti untuk mempertahankan pemerintahan kerajaan negeri.

Manakala pemimpin parti pembangkang turut berdepan dengan saingan daripada sekurang-kurangnya tiga pencabar.

Abang Johari yang juga peneraju parti gabungan GPS akan bertanding kerusi DUN Gedong untuk kali pertama dan berdepan cabaran tiga penjuru apabila ditentang calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mohamad Sofian Fariz Sharbini, Kamal Bujang (Amanah) dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Tomson Ango.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing, sekutu GPS, menghadapi pertandingan lapan penjuru untuk kerusi DUN Dudong yang turut melibatkan DAP, PSB, PBK, Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Parti Bansa Dayak Sarawak baru (PBDSB) dan dua calon bebas.

Calon-calon lawannya terdiri dari Paul Ling (DAP), Wong Hie Ping (PSB), Jane Lau Sung Yee (PBK), Josephine Lau Kiew Peng (Aspirasi), Julius Enchana (PBDSB), Fadhil Mohd Isa (Bebas) dan Engga Uchat (Bebas).

Di DUN Batu Kawah pula, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menghadapi saingan empat penjuru melibatkan Fong Pau Teck daripada Aspirasi, Chai Kueh Khun (PBK) dan wakil DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Kerusi DUN Baleh yang sebelum ini diduduki presiden sebuah lagi parti komponen GPS, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Masing yang meninggal dunia 31 Okt lalu bakal menyaksikan persaingan empat penjuru melibatkan calon parti itu, Nicholas Kudi Jantai Maseng, Kenneth Usang George (DAP), Sukarno Layau (PBK) dan Koh Kumbong (PSB) untuk kerusi itu.

Dua Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berdepan cabaran tiga penjuru masing-masingnya di DUN Bukit Saban dan DUN Bukit Sari.

Lawan Uggah adalah Mikail Mathew Abdullah (PKR) dan Andria Dundang @ Andria Gelayan (PSB), sementara pencabar Awang Tengah adalah Riyah Basrah (PBK) dan Alias Mail (PSB).

Bagi pemimpin pembangkang pula, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen terlibat dalam pertandingan empat penjuru melibatkan Presiden Aspirasi, Soo Lina, Datuk Wee Hong Seng (SUPP) dan Raymond Thong Ee Yu (PBK) untuk kerusi DUN Padungan.

Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh pula berhadapan empat pencabar di DUN Bawang Assan yang terdiri dari Robert Lau Hui Yew (SUPP), Michelle Ling Shyan Mih (PBK), Amy Lau Bik Yin (DAP) dan Ricky Enteri (Bebas).

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
15 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok