Persidangan UMNO cawangan medan akar umbi perkukuh parti

Sempena persidangan UMNO cawangan yang berlangsung hari ini, Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar akar umbi dapat menggunakan ia sebagai medan untuk memperkukuhkan parti.

Selain itu, Ismail turut menyeru semua ahli UMNO sentiasa menjunjung kepentingan agama, bangsa dan tanah air demi parti tercinta.

“Persidangan cawangan kali ini merupakan medan yang tepat bagi ahli di peringkat akar umbi membincangkan agenda memperkukuh parti keramat UMNO.

“Bersama kita membulat tekad, agar parti keramat UMNO sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan agama, bangsa dan tanah air tercinta.
“Amalkan norma baru dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) demi memastikan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kita,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Persidangan UMNO cawangan bermula pada hari ini hingga 30 November depan dan disusuli pula dengan mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian pda 11 dan 12 Disember serta diikuti mesyuarat UMNO bahagian pada 18 Disember.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 pula dijadual diadakan selama tiga hari bermula 13 Januari tahun hadapan.

Perhimpunan Agung UMNO kali ini dalam sejarah apabila perdana menteri dari UMNO tidak memegang jawatan presiden parti.

BERITA BERKAIT
POPULAR