Pernah kalah sebelum ini, Asyraf masih yakin dapat jadi calon pada PRU-15

October 28, 2022 · Politik

Walaupun tidak pernah memenangi sebarang pertandingan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, nampaknya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki masih yakin UMNO kekal mencalonkannya pada PRU-15 kali ini.

Ketua Pemuda UMNO itu tidak melihat ada alasan untuk namanya tidak tersenarai sebagai calon memandangkan statusnya sebagai Ketua Pemuda bukan kerana rekod kekalahan dicatatkannya sebelum ini.

“Insya-Allah. Saya rasa takkanlah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dipinggirkan. Tapi apapun, saya bersedia.

“Kalau dikatakan saya tidak bertanding, bagi saya mungkin ada hikmah dan saya harus menggerakkan jentera pemuda seperti mana saya menggerakkan dalam siri-siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Yang penting parti kena menang, soal individu itu nombor dua,” katanya dipetik laporan media.

Pada PRU-14 lalu, Asyraf pernah bertanding di Pasir Puteh, Kelantan namun kalah dengan majoriti 1,360 kepada calon Pas, Datuk Nik Mohamad Zawawi Salleh dalam pertembungan tiga penjuru dengan calon PKR diwakili oleh Datuk Kamarudin Md. Nor.

Dijangka, Asyraf mungkin dicalonkan sekali lagi, namun tidak pasti kerusi bakal ditandinginya.

PRU-15 akan diadakan pada 19 November ini, sementara penamaan calon pada 5 November.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
9 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
20 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
13 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
14 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
15 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok