Permintaan PH Melaka jumpa TYT tak dilayan, masih tunggu jawapan

October 8, 2021 · Politik

Pakatan Harapan (PH) Melaka masih meletakkan harapan tinggi untuk bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam walaupun masih belum menerima sebarang panggilan dari Istana Melaka setakat ini.

Pengerusinya Adly Zahari berkata dalam situasi genting ini, pertemuan tersebut amat penting untuk diadakan secepat mungkin agar kemelut politik sekarang dapat dileraikan dengan cara terbaik susulan negara masih berdepan cabaran pandemik Covid-19.

“Setakat ini tiada makluman lagi, belum ada apa-apa panggilan dari Istana Melaka. Jadi bila jumpa di Istana (Melaka), kita boleh bincang dan lihat apa-apa kaedah yang boleh digunakan, kembali stabilkan politik negeri ini,” katanya lapor Bernama.

Isnin lepas, PH Melaka telah menghantar surat permohonan kunjung hormat ke atas Tun Mohd Ali bagi membincangkan langkah terbaik menyelesaikan kemelut politik di negeri berkenaan susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat bekas ADUN itu ialah Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu ), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

Berikutan itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kemudiannya mengumumkan DUN Melaka dibubarkan pada Isnin selepas Tun Mohd Ali mendapat nasihat daripada Sulaiman untuk berbuat demikian.

Sementara itu, ditanya mengenai status permohonan semakan proses dan fakta keabsahan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Adly menjelaskan pihaknya akan membawa kes tersebut ke mahkamah pada minggu hadapan.

“Kita masih lagi dalam proses mengumpul dan menyiapkan dokumentasi berkaitan dan insya-Allah kes berkenaan akan difailkan minggu depan,” katanya.

Berita berkaitan
MB Selangor minta maaf jika DUN terbubar sebelum sidang tahun depan
August 2, 2022· Politik
Ahli Parlimen dan ADUN PAS kekal jadi calon PRU-15
July 30, 2022· Politik
UMNO Johor yakin Ismail Sabri patuh keputusan parti tak sambung MoU
July 24, 2022· Politik
GPS sedia hadapi PRU-15 pada bila-bila masa
July 23, 2022· Politik
Popular
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Lagi Politik terkini
Lebih baik GTA sertai PN
9 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
15 jam lalu · Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
16 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok