Perlu UMNO bekerjasama dengan parti lain nak menang PRU, kata Ku Li

September 30, 2022 · Politik

Kerjasama dengan parti lain diperlukan kerana kekuatan UMNO sudah tidak seperti dahulu lagi, kata pemimpin veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata UMNO tidak boleh beranggapan sudah cukup kuat sekarang walhal realitiya kekuatan tersebut sudah tidak ada lagi, bagaimanapun Ku Li tidak menyentuh kemenangan besar diperoleh semasa dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor yang lalu.

“Kita (UMNO) kena bekerjasama dengan orang lain kerana kita tidak ada kekuatan seperti dulu. Saya sudah cakap dulu kita mempunyai 13 rakan dalam parti sekarang banyak daripada anggota-anggota yang pernah menjadi rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) sudah tarik diri.

“Jadi kekuatan dah hilang, dari Sarawak dan parti-parti yang masih kekal dengan kita sudah tidak ada kekuatan,” katanya dipetik laporan BH.

Untuk rekod, UMNO berkemungkinan bergerak solo selepas memutuskan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) dan juga Bersatu sebelum ini.

UMNO juga sebelum ini sudah membuktikan walaupun bergerak solo di PRN Melaka dan Johor tetapi masih berjaya mendapat kemenangan yang menakjubkan dan menang besar.

Namun, Tengku Razaleigh mempunyai pandangan berbeza dengan menyifatkan pemimpin parti itu sedang berdepan banyak isu dan tidak disukai rakyat.

“Kita pun berdepan dengan banyak isu UMNO sendiri. Para pemimpin ada masalah dengan mahkamah ada yang kena tindakan. Jadi mana kekuatan kita.

“Orang-orang kita nak masuk kedai kopi pun takut. Masuk kedai kopi diejek orang dan sebagainya.

“Kita nak solo? Baguslah kita jadi solo kalau kita kuat, tapi dah itu tempat yang tak kuat. Orang kita malu dan takut nak masuk ke kedai kopi, nak bercakap, berkempen mengenai parti kita, bukannya tak bersedia tetapi tidak boleh nak jawab banyak soalan yang ditimbulkan oleh rakyat, jadi mana kekuatan kita,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
3 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok