Perlu fikir rakyat, bukan macam Zahid kata ambil mana-mana sempat: Muhyiddin

August 27, 2022 · Politik

Semua ahli parti komponen Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya memikirkan masalah rakyat dan mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan kesejahteraan hidup, bukannya berbincang mengenai diri atau kabilah sendiri.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengingatkan anggota komponen gabungan itu supaya benar-benar menjadi jurubicara yang prihatin terhadap masalah dan keperluan rakyat.

“Marilah kita berbincang, bermusyawarah, bertukar pandangan, bagaimana untuk menjadikan prinsip integriti sebagai landasan utama yang memandu perjalanan parti serta pengurusan dan pentadbiran negara.

“Kerana kita di dalam Perikatan Nasional ini mewakili suara dan rintihan puluhan jutaan rakyat di luar sana yang sudah muak, sudah jelik dan benci dengan amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang meninggalkan banyak titik hitam dalam sejarah negara kita, yang bukan sahaja merobek kantung negara malah mencalar imej watan kita di mata dunia.

“Kerana itu, kedua-dua prinsip ini (prihatin dan integriti) menjadi asas pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional,” katanya sambil merujuk kepada keprihatinan kerajaan PN kepada masalah pandemik Covid-19 yang dihadapi ketika awal beliau menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin juga berkata walaupun Perikatan Nasional dan Barisan Nasional (BN) memiliki nama yang hampir sama, tetapi bezanya ibarat langit dan bumi.

“Sekadar perbandingan, baru-baru ini saya lihat satu video yang viral tentang ucapan Pengerusi BN di Konvensyen BN Selangor.

“Dia bagi arahan kepada Menteri Kewangan – “jangan ambil kesempatan, tapi ambillah mana yang sempat!”

“Dia sebut ini secara serius dan disambut dengan gelak ketawa oleh para hadirin. Seolahnya semua yang hadir faham apa maksud dia.

“Ya, saya pun faham maksud dia dan saya fikir saudara dan saudari pun faham apa maksudnya. Tak perlu saya terangkan,” katanya dalam ucapan dasar pada Konvensyen PN di Serdang hari ini (27 Ogos 2022).

Muhyiddin berkata itulah perbezaan antara PN dan BN di mana ketika menjadi Perdana Menteri beliau mengarahkan Menteri Kewangan supaya cari duit untuk diberikan kepada rakyat yang susah.

“Pengerusi BN arah Menteri Kewangan supaya kaut apa yang ada selagi sempat untuk kepentingan suku-sakat mereka. Jadi, walaupun PN dan BN namanya hampir sama, tetapi bezanya jauh ibarat langit dan bumi.

“Saya harap para pengundi jangan salah memilih dalam PRU 15 nanti. Pilih Perikatan Nasional, bukan Barisan Nasional,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata beliau menerima laporan bahawa kepercayaan rakyat terhadap BN semakin merosot, apatah lagi tujuan desakan supaya pilihan raya diadakan lebih awal semata-mata untuk mendapatkan kuasa bagi menyelamatkan pihak tertentu daripada hukuman makhamah.

Ahli PArlimen Pagoh itu yakin rakyat Malaysia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

“Jadi sama ada pilihan raya tahun ini atau tahun depan, bagi kita sama saja. Prinsip kita ialah lawan yang mungkar, pilih integriti dan terus prihatin kepada rakyat kerana itu lah tujuan kita berada di dalam wadah Perikatan Nasional,” katanya.

Berita berkaitan
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
11 jam lalu· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Sekarang bukan masa sesuai adakan PRU-15, fokus banjir: Muhyiddin
September 24, 2022· Politik
PAS serah kepada PM isytihar tarikh PRU-15: Tuan Ibrahim
September 24, 2022· Politik
Popular
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
September 26, 2022
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
September 26, 2022
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
6 jam lalu · Politik
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
10 jam lalu · Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
16 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
20 jam lalu · Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok