Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur

December 8, 2022 · Politik

UMNO mendapat laba dan untung paling besar hasil perkahwinan politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas pembentukan kerajaan pusat.

Bukan sahaja UMNO diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri walaupun hanya memenangi jumlah kerusi Parlimen paling rendah, malah pelbagai jawatan bakal diberikan kepada ketua bahagian dan cawangan parti itu selepas ini.

Malah keputusan pilihan raya di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman membuktikan manfaat diperoleh UMNO selepas calon PH tewas di Padang Serai sementara UMNO pula berjaya mempertahankan kerusi mereka di Tioman.

Walaupun memperoleh majoriti tipis di Tioman, namun ia adalah petanda jelas UMNO sebenarnya kembali pulih daripada kecederaan selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Hasil bantuan PH yang menjalinkan kerjasama untuk membentuk kerajaan campuran, UMNO yang dilihat sudah tempang kembali mendapat tongkatnya untuk berjalan semula.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal-awal lagi sudah tunduk dengan tuntutan UMNO sehingga terpaksa memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Langkah memberi jawatan tertinggi kepada kluster mahkamah atau kleptokrat mendapat tentangan kuat daripada penyokong PH sendiri, malah kumpulan sivil yang sebelum ini menyokong Anwar yang kononnya mahu membawa reformasi dalam kerajaan juga mengkritik keras keputusan tersebut.

Anwar mengabaikan nasihat mereka yang sebelum ini menyokongnya, lantikan Zahid sebagai TPM hanya semata-mata mahu kekal berkuasa sebagai kerajaan melanggar prinsip perjuangan yang mereka sendiri laungkan.

Keputusan pilihan raya Padang Serai dan Tioman amat signifikan kerana ia adalah mesej awal menunjukkan walaupun UMNO berdepan kritikan kerana bersama PH dan DAP, tetapi mereka masih dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini semasa PRU-14 lalu.

Bagaimanapun, lain ceritanya bagi PKR apabila gagal mempertahankan kubu kuat mereka yang dimenangi selama tiga penggal berturut-turut dan mengalami kekalahan yang memalukan meskipun sudah menjadi kerajaan persekutuan.

Terdapat perbezaan dikalangan penyokong PH dengan UMNO kerana prinsip dan ideologi yang tidak sama, bagi penyokong tegar PH langkah untuk bersama UMNO-BN adalah sama sekali melanggar prinsip dan tidak bermaruah.

Pengundi tegar PH tidak seperti UMNO-BN yang hanya memikirkan kuasa dan jawatan, perbezaan ini menjadi punca kepada kekalahan di Padang Serai kerana maruah penyokong PH tidak boleh dijual dengan mudah kepada kumpulan kleptokrat.

Di Tioman, pengundi UMNO-BN khususnya sangat takut sekiranya mereka membuat pilihan dengan menyokong calon Perikatan Nasional (PN) kerana bimbang akan kehilangan jawatan dan peruntukan dari kerajaan negeri kepada penduduk setempat tersebut.

Jika kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi parti lawan, sudah pastinya kerajaan negeri yang ditadbir BN-PH bersama DAP tidak akan menyalurkan peruntukan kepada penduduk di Tioman selepas ini dan mereka akan rugi banyak.

Namun, hasil keputusan dua pilihan raya ini akan memberi tekanan kepada DAP kerana sudah pastinya UMNO merasakan mereka abang besar dalam kerajaan campuran yang dibentuk ketika ini.

Tiada pilihan buat DAP dan mereka perlu tunduk kepada setiap permintaan dan arahan daripada UMNO selepas ini, malah daripada awal-awal lagi pun DAP udah tunduk dan diam membisu tidak menentang lantikan Zahid sebagai TPM kerana bimbang hilang sokongan majoriti dalam kerajaan pusat.

DAP juga pastinya bimbang jika pemimpin UMNO membuat onar seperti dalam kerajaan terdahulu, menarik sokongan terhadap Perdana Menteri sehingga tumbang kerajaan secara tiba-tiba angkara Zahid.

Selepas ini, tidak mustahil juga DAP akan berdiam diri sekiranya pemimpin UMNO yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah diberikan keistimewaan dan terlepas daripada hukuman.

DAP walaupun memenangi kerusi Parlimen terbanyak kini hanya sekadar menjadi parti pak angguk yang hidung dicucuk mengikut setiap arahan bos mereka, hilang sudah prinsip dan pendirian yang selama ini mereka perjuangkan selepas tidur sekatil dengan UMNO-BN.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
14 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok