Perjanjian GRS, BN terbatal: Hajiji

November 22, 2022 · Politik

Bung Moktar Radin perlu meletak jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah I setelah perjanjian kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Barisan Nasional (BN) terbatal setelah parti diketuai Zahid Hamidi kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu lalu (19 November 2022).

Mengikut perjanjian dipersetujui GRS dan BN sebelum ini, GRS akan memberi sokongan kepada UMNO dan BN jika parti itu layak membentuk kerajaan dan pemimpinnya menjadi Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, apabila BN kalah dan UMNO tidak layak menjadi Perdana Menteri, maka perjanjian itu tidak sah dengan sendirinya.

“Perlu ditegaskan tiada janji sebelum pilihan raya dengan orang (pihak) lain termasuk dengan Pakatan Harapan (PH),” kata Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, hari ini (22 November).

Semalam, Hajiji yang juga Ketua Bersatu Sabah dalam kenyataannya berkata, pendirian GRS adalah menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan membentuk kerajaan.

Sementara itu, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata GRS menolak dakwaan BN Sabah bahawa GRS mengisytiharkan ‘perang’ terhadap BN seperti dituduh Bung Moktar.

Hajiji berkata, GRS tidak pernah mengisytiharkan perang terhadap BN seperti yang didakwa Bung Moktar.

“Kita tidak ada apa-apa alasan atau perlu isytihar perang terhadap BN. Malah, dalam PRU-15, GRS dan saya sendiri turun padang berkempen membantu calon BN di kawasan mereka,” katanya.

Tuduhan Bung Moktar itu dikaitkan dengan keputusan GRS menyokong PN dalam soal pemilihan Perdana Menteri dan kerajaan baharu Persekutuan.

Hajiji juga menafikan dakwaan beliau bersama Ahli Parlimen Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Bebas menemui Muhyiddin di kediaman pemimpin berkenaan di Kuala Lumpur.

“Mereka berjumpa dengan Tan Sri (Muhyiddin) atas kerelaan sendiri dan saya tidak terbabit langsung pada perjumpaan itu.

“Saya berharap UMNO/BN akan terus bekerjasama mentadbir negeri ini selaras dengan mandat diberikan rakyat kepada kerajaan GRS-BN pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16),” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
December 8, 2022· Politik
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
2 jam lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
20 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok