Perjanjian CSA, pemimpin kanan PKR bercanggah pendirian dengan Tony Pua

August 28, 2021 · Politik

Selepas pendedahan Ahli Parlimen (MP) DAP Tony Pua berhubung Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, seorang pemimpin kanan PKR menafikan persetujuan tersebut akan dimeterai.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada rundingan CSA dengan kerajaan Ismail Sabri seperti didakwa Pua, sebaliknya ia hanya persefahaman dan bukan perjanjian.

“Ia bukan perjanjian CSA antara kerajaan dan PH tetapi lebih kepada satu persefahaman demi kebaikan rakyat.

“Perjanjian CSA sebelum ini adalah inisiatif individu, antara beberapa pemimpin pembangkang dan kerajaan terdahulu di bawah Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tanpa persetujuan oleh pucuk pimpinan PH (Pakatan Harapan),” katanya dipetik portal Malaysiakini hari ini.

Kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan dakwaan Pua yang mengatakan blok pembangkang sedang berunding dengan Ismail Sabri untuk memuktamadkan perjanjian CSA.

Jelas Saifuddin Nasution lagi, sebarang keputusan persefahaman itu masih bergantung kepada komitmen Ismail Sabri terhadap agenda melibatkan kepentingan rakyat.

“Sekarang ia sudah jadi formal antara kerajaan dengan pembangkang. Finaliti itu bergantung komitmen kerajaan Ismail Sabri terhadap agenda prorakyat dan proreformasi,” katanya lagi.

Pada Rabu lepas, rombongan blok pembangkang, PH diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Putrajaya.

Sejurus pertemuan itu, Anwar berkata pembangkang tidak mahu sulitkan sekiranya usul tersebut dibawa ke Parlimen untuk mengabsahkan kedudukannya sebagai PM ke-9.

“Kita beritahu, kalau suasana begini dan program-program adalah pro-rakyat, kita tidak mahu sulitkan (undi percaya),” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri juga mengeluarkan kenyataan bersama tiga pemimpin PH yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran sebelum ini.

Kenyataan itu menegaskan Kerajaan bersama pembangkang mencapai persetujuan bersama untuk memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

“Saya bersama pemimpin-pemimpin pembangkang juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu itu.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM ke-9 di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada 21 Ogos lalu selepas mendapat sokongan majoriti daripada 114 MP.

Bagaimanapun dia akan berdepan undi percaya ketika Parlimen bersidang semula pada 6 September ini.

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
12 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
16 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
17 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
17 jam lalu· Isu semasa
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Buat PRU-15 semasa banjir, PKR akan sumbat pemimpin UMNO masuk penjara
September 12, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
8 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
9 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
9 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
14 jam lalu · Politik
PRU musim bencana strategi UMNO, peratusan keluar mengundi rendah
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
13 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok