Peringkat awal UMNO Arau calon Ismail Sabri jadi PM, kata Shahidan

October 17, 2022 · Politik

Kenyataan bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) parti, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa UMNO Bahagian Arau mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menimbulkan persoalan adakah pendirian itu akan berubah kepada presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau individu lain.

Ini kerana, dalam mesyuaratnya semalam (16 Oktober 2022), sebagaimana dinyatakan Shahidan, bahawa “pada peringkat awal” UMNO bahagian Arau mencadangkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri (PM) kesepuluh jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Katanya, keputusan itu dicapai sebulat suara pada mesyuarat UMNO bahagian yang diadakan semalam, selaras keputusan MT yang mencalonkan Ismail Sabri.

Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Shahidan berkata:

“UMNO Bahagian Arau pada peringkat awal ini telah bersetuju dengan angkat tangan sebulat suara iaitu berdasarkan kepada keputusan majlis tertinggi dan juga perhimpunan khas iaitu mencadangkan supaya Dato Seri Ismail Sabri sebagai ‘posterboy’.

“Pada masa sama juga UMNO Bahagian Arau mencadangkan supaya Ismail Sabri sebagai PM selepas pilihan raya nanti.”

Shahidan sebelum ini adalah antara beberapa pemimpin UMNO lain yang dilihat bersikap kritis terhadap Zahid, namun menjelang PRU-15 ini beliau masih berharap dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau pada PRU-15 nanti, yang dimenanginya sejak 5 Mei 2013.

Bekas Menteri Besar Perlis dari 1995 hingga 2008 itu kini menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dalam Kabinet kerajaan pimpinan Ismail Sabri, perlu mendapat watikah daripada Zahid sebagai Pengerusi BN, untuk bertanding di Arau.

Kelmarin (15 Oktober 2022), Shahidan menegur pimpinan tertinggi UMNO dan BN supaya tidak meletakkan calon sembarangan bertanding di kerusi boleh menang pada PRU-15 nanti.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada mereka yang teringin hendak menjadi calon agar tidak membuat kacau dengan selalu memperburuk-burukkan pemimpin lain.

Teguran itu, menyusul kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Azlan Man yang mengatakan lima nama disenaraikan sebagai calon di setiap kawasan Parlimen di Perlis – Kangar, Padang Besar dan Arau.

Komen Azlan itu bertentangan dengan kenyataan lebih awal Shahidan bahawa UMNO Bahagian Arau hanya menyerahkan satu nama iaitu beliau sahaja untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau.

Ketika krisis politik yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020, Shahidan mempertahankan dan menyifatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyelamat dan bukan pengkhianat seperti didakwa segelintir pihak.

Shahidan berkata, perkara itu tidak akan berlaku jika Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas PM ke tujuh tidak meletakkan jawatannya pada Februari 2020.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
7 minit lalu· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
10 minit lalu· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok