Peringatan kepada Zahid, jangan langgar usul PAU: Annuar Musa

July 3, 2021 · Politik

Bekas setiausaha agong Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberi peringatan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak melanggar usul dan ketetapan yang sudah diluluskan semasa Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2020 pada Mac lalu.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata ketetapan tersebut tidak boleh diubah atau dipinda mengikut selera politik mana-mana individu memandangkan PAU adalah badan pembuat dasar tertinggi parti itu.

“Keputusan dan usul bertulis yang dilulus (di) PAU tak boleh di ubah oleh badan lebih rendah seperti Majlis Tertinggi (MT).

“Dalam ketiadaan PAU, MT adalah badan tertinggi dan ia boleh membuat apa-apa keputusan selagi tidak bercanggah atau mengubah keputusan PAU,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa MT boleh membuat keputusan sendiri yang tidak menyentuh keputusan yang terhasil semasa PAU lalu dan sekiranya mahu menukar juga ia perlu dipinda terlebih dahulu ketetapan tersebut.

“Jangan dilanggari usul bertulis yang diluluskan tanpa pindaan tempoh hari,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Zahid untuk tidak menimbulkan kontroversi yang boleh mengheret campur tangan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Jika dibuat juga, dia akan menimbulkan kontroversi yang mengundang ROS campur tangan, atau ada pihak yang bawa ke mahkamah untuk mendapat ruling (semakan).

“Itu merbahaya bagi parti, kerana keputusan (tersebut) mungkin tidak memihak kepada kita. Fikir-fikirkanlah,” katanya.

Terdahulu, Zahid menerusi kenyataan Biro Politik UMNO selepas bermesyuarat pada 21 Jun lalu mengeluarkan satu kenyataan memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional untuk memanggil sidang Parlimen atau berdepan tindakan tegas daripada parti tersebut.

Tempoh tersebut akan berakhir pada 7 Julai ini dan spekulasi mengatakan Zahid merancang untuk mendesak Menteri dan Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan meletakan jawatan mereka serta-merta.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
2 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok