Perikatan Nasional teruskan rundingan bentuk Kerajaan Pahang

November 21, 2022 · Politik

Perikatan Nasional Pahang yang menang 17 daripada 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan meneruskan rundingan pembentukan kerajaan negeri.

Pengerusi Perikatan Nasional Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah bagaimanapun tidak menjelaskan rundingan itu akan dilakukan dengan Barisan Nasional (BN) yang menang 16 kerusi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu, Pakatan Harapan (PH) memenangi lapan kerusi.

Keadaan ini membuatkan Perikatan Nasional dan BN tidak dapat membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, sebaliknya terpaksa menjalin kerjasama.

Bagaimanapun, setakat ini difahamkan Perikatan Nasional tidak akan bekerjasama dengan PH untuk membentuk Kerajaan Negeri Pahang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Saifuddin berkata Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah melantik Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden PAS untuk mengetuai rundingan pembentukan kerajaan negeri Pahang.

Katanya, Perikatan Nasional akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan negeri seberapa segera.

“Perikatan Nasional Pahang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengundi di Pahang yang telah memberi kemenangan kepada parti ini sehingga berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya.

Berikut adalah calon BN yang menang kerusi DUN Pahang:

N02 Jelai – Wan Rosdy Wan Ismail;
N03 Padang Tengku – Mustapa Long;
N05 Benta – Soffi Razak;
N06 Batu Talam – Abd Aziz Kiram;
N08 Dong – Fadzli Mohamad Kamal;
N16 Inderapura – Haji Shafik Fauzan Sharif;
N21 Peramu Jaya – Mohamad Nizar Mohamad Najib;
N22 Bebar – Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff;
N23 Chini – Mohd Sharim Md Zain;
N27 Jenderak – Rodzuan Zaaba;
N28 Kerdau – Syed Ibrahim Syed Ahmad;
N35 Sabai – V Arumugam;
N36 Pelangai – Johari Harun;
N37 Guai – Sabariah Saidan;
N39 Kemayan – Khaizulnizam Mohd Zuldin;
N41 Muadzam Shah – Razali Kassim;

Berita berkaitan
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan
November 10, 2023· Politik
Zahid dakwa ramai lagi MP PN akan sokong Anwar selepas ini
November 9, 2023· Politik
Popular
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lagi Politik terkini
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
1 jam lalu · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok