Perikatan Nasional rampas Perlis: UMNO, BN kalah semua kerusi

November 20, 2022 · Politik

Perikatan Nasional menyapu bersih tiga kerusi Parlimen dan 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam (19 November 2022).

Kejutan juga berlaku apabila Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man tewas di kerusi DUN Bintong dalam saingan enam penjuru.

Perikatan Nasional menang kerusi Parlimen P001 Padang Besar, apabila calonnya Rushdan Rusmi memperoleh 24,267 undi, sementara Ketua Wanita UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan (11,753 undi); Kapt (B) Mohamad Yahaya PH – 7,085 undi).

Dua lagi calon Bebas hilang deposit.

Sementara itu, bagi Parlimen P002 Kangar pula, Cikgu Zakri memperoleh 24,562 undi, manakala calon BN Fathul Bari (15,370 undi); Ahmi Ahmad (PH – 15,143 undi). Dua calon Pejuang dan Warisan hilang deposit.

Seperti dijangka, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mewakili Perikatan Nasional menang dengan majoriti 23,216 undi apabila memperoleh 31,458 undi. Beliau mengalahkan calon BN Rozabil (8,242 undi) dan Fathin Amelina (PH – 7,089 undi).

Berikut adalah keputusan rasmi bagi kerusi DUN Perlis:

  • N01 Titi Tinggi – Izizam Ibrahim (PN – Majoriti 3,785 undi);
  • N02 Beseri – Haziq Asyraf Dun (PN – Majoriti 1,047 undi);
  • N03 Chuping – Haji Saad Seman (PN – Majoriti 2,420 undi);
  • N04 Mata Ayer – Wan Badariah Wan Saad ( PN – Majoriti 2,021 undi);
  • N05 Santan – Ustaz Azmir (PN – Majoriti 2,108 undi);
  • N06 Bintong – Fakhrul Anwar Ismail (PN – Majoriti 4,329 undi);
  • N07 Sena – Marzita Mansor (PN – Majoriti 2,200 undi);
  • N08 Indera Kayangan – Gan Ay Ling (PH – Majoriti 1,873 undi);
  • N09 Kuala Perlis – Abu Bakar Hamzah (PN – Majoriti 154 undi);
  • N10 Kayang – Ustaz Asrul Aimran (PN – Majoriti 3,261 undi);
  • N11 Pauh – Cikgu Megat Hashirat (PN – Majoriti 2,229 undi);
  • N12 Tambun Tulang – Zikri (PN – Majoriti 2,485 undi);
  • N13 Guar Sanji – Ustaz Ridzuan Hashim (PN – Majoriti 5,101 undi);
  • N14 Simpang Empat – Haji Razali Saad (PN – Majoriti 4,008 undi); dan
  • N15 Sanglang – Cikgu Shukri (PN – Majoriti 3,335 undi).

Berita berkaitan
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
9 jam lalu · Politik
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
9 jam lalu · Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
9 jam lalu · Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
9 jam lalu · Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
4 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok