Perikatan Nasional penyelamat ketika rakyat susah: Tuan Ibrahim

November 10, 2022 · Politik

Rakyat perlu memberi peluang semula kepada Perikatan Nasional (PN) pula untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bagi meneruskan segala dasar yang tertangguh setelah 17 bulan mentadbir sebelum ini.

Sambil melihat kepada jasa besar Bersatu apabila keluar dari ‘khemah besar’ Pakatan Harapan (PH), Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Allah mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, tatkala Covid-19 melanda negara.

“Bila kita (Perikatan Nasional) ambil alih kerajaan daripada PH, Covid tengah melanda negara dengan hebat. Jika kita lihat macam mana mentadbir waktu itu rakyat pun terkejut… bila Tan Sri Muhyiddin bersama Kabinet mengeluarkan puluhan bilion ringgit.

“Siapa ada datang tanya, mari mana duit ni? Sebab (ketika) zaman PH kata duit tak ada… negara digambarkan hampir bankrap. (Tapi) bila Covid melanda, kerajaan (Perikatan Nasional) bagi semua pada rakyat… semua pesakit Covid-19 dapat rawatan percuma… tak bayar satu sen pun.

“Kerajaan tanggung semua di hospital… penuh. Akhir kita buka dewan, dewan penuh. Kita guna hotel semua kerajaan tanggung. Waktu itu rakyat susah. Sebab tak boleh keluar bekerja, takut Covid… macam mana rakyat tak boleh kerja… hutang bank kena bayar… sewa rumah kena bayar… makan kena sedia.

“Kerajaan hantar bakul makanan kepada semua seluruh negara. Hantar bakul makanan, percuma. Kerajaan tanggung bertahun tuan-tuan. Saya tak tahulah macam mana kalau zaman itu PH memerintah negara,” katanya pada ceramah umum Perikatan Nasional di Kampung Kuala Lanar, Lipis, Pahang, malam tadi (9 November 2022).

Bagi PRU-15 pada 19 November ini, Tuan Ibrahim akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka di dalam Parlimen Lipis. Hadir sama pada majlis itu ialah calon Perikatan Nasional Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrom Osman.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim meminta semua pihak, termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN), sedar dan ingat jasa besar Bersatu apabila parti itu keluar daripada PH untuk menyelamatkan negara, sehingga terbentuknya Kerajaan Perikatan Nasional.

Menteri Sumber Asli dan Air itu berkata jika tidak kerana Bersatu keluar daripada gabungan – khemah besar – itu, entah apa yang akan berlaku kepada rakyat dan negara sekarang di bawah pentadbiran PH.

Malah, katanya jika Bersatu tidak keluar daripada PH, walaupun sesetengah pemimpinnya telah menjadi menteri, UMNO, Barisan Nasional dan PAS sekarang ini kekal menjadi pembangkang.

“Sebab itu bagi PAS kita fikir pada waktu mengundi… tiga tahun PAS berusaha supaya tiga parti (PAS, Bersatu, UMNO) duduk bersama. Cukuplah orang Melayu berpecah. Kalau kita bersama membentuk gabungan tiga-tiga parti negara akan stabil, politik akan lebih baik.

“Ramai yang minta demikian… PAS berusaha tiga tahun supaya tiga-tiga dapat duduk bersama. Tapi UMNO ni tak boleh terima Bersatu. Mula-mula okey. Lepas itu KO. Dia tak boleh terima. Dia kata Bersatu ni pengkhianat… macam-macamlah.

“UMNO menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan bila Bersatu keluar daripada PH. Jasa Bersatu besar. Ada orang tuduh (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sebagai pengkhianat.

“Dia (Muhyiddin) bukan pengkhianat, dia penyelamat. Kalau dia tak keluar daripada PH… satu penggal PH perintah, hancur negara. Itu pun 22 bulan macam-macam berlaku.

“Tapi Allah takdirkan Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri. Kabinet berjalan, alhamdulillah. Masa itu hubungan tiga-tiga parti (PAS, Bersatu, UMNO) sangat baik. Sampai dalam mesyuarat Muafakat Nasional setuju mengekalkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15. Ini keputusan waktu itu.

“Tapi dah jadi sejarahlah ya. Sebab itu bila kita runding, kita bincang kita perlu suara besar, Perikatan Nasional perlu menang banyak kerusi supaya politik negara kita stabil,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
1 jam lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Perikatan Nasional kekal jadi semak dan imbang kepada kerajaan: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok