Perikatan Nasional pentingkan rakyat dan negara: Rina Harun

November 10, 2022 · Politik

Kerajaan Perikatan Nasional tidak pernah membezakan sesiapa pun, hatta orang UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sekalipun, ketika memberi bantuan tatkala wabak Covid-19 melanda negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.

Menurutnya pemberian bakul makanan oleh Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu bertujuan memastikan rakyat Malaysia tidak mati kebuluran kerana tidak dapat keluar bekerja akibat pandemik Covid-19.

“Kita hantar keperluan makanan ni berjuta-juta dan kita tak pernah tanya mereka ini parti apa. Semuanya sama, kerana yang penting bagi Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri ketika itu ialah rakyat.

“Orang UMNO pun kita bagi. Kita tak pernah tanya orang PKR ke tidak. Kalau orang PKR kita tak bagi. Tak… Bakul makanan tidak pernah mengenal parti politik mana.

“Bakul makanan ini kita (Kerajaan Perikatan Nasional) turunkan di seluruh negara demi untuk membantu rakyat. Kerana itu kerajaan Perikatan Nasional ini dikenali sebagai kerajaan yang prihatin,” katanya pada pentas PRU-15 Perikatan Nasional di Kuala Langat, malam tadi (9 November 2022).

Menceritakan ketika beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di bawah kerajaan 22 bulan PH, Rina mengingatkan bahawa pada suatu ketika muncul ura-ura untuk menutup Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

“Orang KEMAS boleh sahkan telah timbul ura-ura untuk menutup agensi itu. Ini bukanlah perjuangan saya. Kerana itu KEMAS dipertahankan sehingga sekarang… kerana memikirkan 220,000 kanak-kanak yang sedang belajar dan 20,000 kakitangan yang rata-rata Melayu Islam mencari makan dengan bekerja di KEMAS,” katanya.

Untuk rekod, KEMAS adalah agensi kerajaan yang sinonim dengan UMNO dan BN, dengan kebanyakan kakitangannya adalah ahli parti itu.

Rina yang juga calon Perikatan Nasional bagi Parlimen Sepang berkata disebabkan tidak selesa berada bersama PH, Bersatu mengambil keputusan keluar dan membentuk gabungan baharu bersama PAS dan UMNO, dengan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

“Saya masih ingat beberapa hari selepas saya mengangkat sumpah menteri, Kabinet membuat keputusan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan. Kami sendiri tidak tahu sejauh mana bahaya Covid-19 ini.

“Namun, Perdana Menteri mengarahkan kami supaya turun padang memberi bantuan kepada rakyat yang sedang menghadapi kesukaran. Ketika kerajaan PH kata tidak ada wang, tetapi bila Tan Sri Muhyiddin naik menjadi Perdana Menteri, ada pula wang yang boleh diguna untuk membantu rakyat,” katanya.

Rina juga mengimbas kembali bagaimana Muhyiddin memaksa semua kepemimpinan Bersatu untuk memberikan sokongan 100 peratus kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri setelah beliau meletak jawatan.

“Dalam negara ketika itu berhadapan dengan pandemik Covid-19, Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin dijatuhkan… bukan oleh rakyat tetapi UMNO… bila ada Ahli-ahli Parlimen yang menarik sokongan kepadanya.

“Bukan lagi nak mengeruhkan keadaan tapi Tan Sri Muhyiddin dengan hati yang besar, meletak jawatan… untuk menyerahkan kepada mereka yang dipilih. Kami daripada Bersatu terasa hati juga.

“Kami tanyakan pada Tan Sri bila calon daripada Barisan Nasional nak dipilih sebagai Perdana Menteri adakah harus memilih beliau sebagai calon Perdana Menteri sedangkan apa yang berlaku kepada Tan Sri (dilakukan) kelompok kumpulan daripada parti yang sama.

“Tan Sri sebut dan arahan kami semua ahli-ahli Parlimen Bersatu supaya terus memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

“Tan Sri Muhyiddin melakukan itu dengan hati yang tenang. Itu semua demi untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Kerana bagi Tan Sri Muhyiddin, yang penting adalah rakyat. Yang penting masa depan ini terjamin. Yang penting keselamatan dan kesihatan rakyat ini yang perlu kita jaga,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
22 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
22 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok