Perikatan Nasional kekal jadi semak dan imbang kepada kerajaan: Muhyiddin

November 25, 2022 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian Perikatan Nasional (PN) akan menjadi semak dan imbang kepada kerajaan yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN tersebut juga merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya dan menyatakan pendirian untuk memainkan peranan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan yang dibentuk ketika ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

“Dengan Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan, Perikatan Nasional akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata PN akan meneruskan perjuangan mereka dalam memastikan nasib rakyat terbela dan memastikan kerajaan yang ditadbir berintegriti sebagai pemantau.

“Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok