Percaturan politik PAS dalam PN, MN tidak merugikan parti

Dewan Ulamak PAS (DUP) Pusat sentiasa memastikan apa juga percaturan yang diambil, termasuk kerjasama di dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN), ianya tidak akan merugikan parti Islam itu.

Ketua DUP, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata DUP bersama-sama Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat sentiasa berusaha memartabatkan PAS di dalam PN dan MN.

“MN dan PN adalah perjalanan yang mesti dilalui oleh PAS. Insya-Allah kita akan pastikan apa jua sekalipun percaturan politik yang ada tidak akan merugikan kita.

“Dan selama ini alhamdulillah tidak ada persefahaman yang dibuat oleh parti kita kecuali memberi keuntungan. Kita mempunyai keuntungan yang diberi oleh Allah dan satu perkara yang perlu kita ingat perjalanan kita dipayungi oleh Allah. Allah bersama perjuangan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 di Kuala Terengganu, hari ini.

Menurutnya, kerajasama dengan PN dan MN adalah tahao politik yang sangat tinggi dan sukar difahami.

“Ini adalah kancah politik yang sangat tinggi dia punya strategi. Cukup saya mengatakan bahawa kerja ini serahkan kepada kepimpinan kita.

“Kerana sukar untuk kita baca perjalanan sebuah kapal yang besar yang dimiliki oleh kita yang disebut oleh Rasulullah… yang tahu sama ada terdapat batu karang yang boleh menenggelamkan kapal adalah nakhoda,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR