Perbualan Anwar, Zahid tak langgar undang-undang: Abdullah Sani

April 8, 2021 · Politik

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap tiada masalah sekiranya audio perbualan mirip suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu adalah benar.

Ahli Parlimen Kapar itu menyifatkan komunikasi antara dua individu berlainan parti berkaitan soal politik bukan perbuatan melanggar undang-undang.

Memetik laporan sebuah akhbar hari ini, Abdullah Sani berkata:

“Kena tanya kepada batang tubuh yang bercakap, kalau tidak betul… nafikan. Kalau individu berkenaan kata ya, apa masalahnya? Kalau setakat hendak kata kerjasama, tiada isu.”

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu rakaman audio yang didakwa mirip suara Presiden PKR berbual mesra dengan Presiden UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, dan tersebar luas di media sosial.

Perbualan Anwar dan Zahid itu yang menjuruskan kepada strategi politik mencetuskan ketegangan di kalangan pemimpin dan ahli UMNO, sehinggakan ramai yang mendesak Zahid melepaskan jawatan Presiden UMNO.

Abdullah Sani berpendapat sebarang bentuk perbualan atau komunikasi antara dua individu berlainan parti yang sekadar memberikan pandangan atau solusi politik tidak boleh disamakan seperti perbuatan melanggar undang-undang.

“Adakah kata-kata (perbualan telefon) itu menjurus kepada persoalan melanggar undang-undang? Kalau setakat hendak memberi pandangan atau solusi (politik), bagi saya tiada masalah.

“Lainlah perbincangan pasal hendak bawa bala tentera serang Malaysia, itu memang langgar undang-undang,” katanya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok