Peratusan mengundi hakikat sebenar PRU-15 musim hujan, banjir: Azmin

October 11, 2022 · Politik

Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata harapan peratusan keluar mengundi rendah menjadi hakikat kenapa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim tengkujuh, hujan dan banjir.

“Hakikatnya ada parti politik yang tidak mahu melihat peratusan keluar mengundi tinggi kerana peratusan rendah memberi lebih peluang kepada mereka untuk menang.

“Inilah wajah sebenar mengapa PRU-15 diadakan dalam musim hujan lebat dan kemungkinan banjir besar. Bagaimanapun, PN tidak gentar dengan kedegilan dan keangkuhan UMNO.

“PN akan menyertai pilihan raya dengan tekad untuk meneruskan agenda prihatin rakyat serta mengangkat martabat umat dan negara. PN siap siaga menyertai PRU-15 dengan semangat yang tinggi bagi menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh individu yang layak mengundi untuk keluar beramai-ramai bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia demi masa depan nusa dan bangsa.

Pada masa sama beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata pendirian PN tuntas dan bertanggungjawab supaya tumpuan sepenuhnya diberikan kepada usaha mencerdaskan dan memulihkan ekonomi negara.

“…seperti menyediakan bantuan kewangan kepada peniaga kecil bagi meneruskan aktiviti perniagaan, melanjutkan moratorium untuk tempoh yang lebih munasabah, mengawal inflasi serta terus berusaha mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

“Kerajaan PN telah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion yang menyentuh dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk peniaga kecil, orang bujang, majikan dan pekerja serta industri.”

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negara pada suku tahun kedua 2022 sebanyak 8.9 peratus dan prestasi pelaburan serta perdagangan yang amat memberangsangkan adalah hasil langsung daripada Dasar Pelaburan Baharu negara yang diluluskan oleh Kerajaan PN pada April 2021.

Azmin berkata pada tahun 2021, hampir 300,000 peluang pekerjaan baharu dicipta dan sehingga suku kedua tahun 2022 telah melonjak kepada 539,000 peluang pekerjaan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata dalam tempoh pentadbiran PN juga seluruh warga FELDA telah menikmati manfaat daripada penghapusan hutang yang ditanggung bertahun-tahun oleh peneroka.

“PN juga menekankan pentingnya kerajaan untuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagi menghadapi kemungkinan banjir besar akibat Monsun Timur Laut bermula Oktober hingga awal tahun depan.

“Ini termasuklah persiapan dari segi kelengkapan aset penting, bantuan makanan dan keperluan asas, akses kepada perkhidmatan kesihatan dan bantuan pasca banjir,” katanya sambil menegaskan bahawa PN sentiasa meletakkan kepentingan dan keselamatan rakyat sebagai agenda penting.

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Gombak berkenaan menyifatkan pembentangan Bajet 2023 oleh kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 7 Oktober lalu hanya sia-sia apabila Parlimen dibubarkan sebelum ia diluluskan.

Selain membazir sumber tenaga dan masa anggota perkhidmatan awam yang telah berhempas-pulas mengerah fikrah dan tenaga bagi menyediakan bajet itu, Azmin berkata tindakan itu juga menunjukkan UMNO gagal merasai denyut nadi rakyat

Menurutnya keutamaan kita seharusnya ditumpukan untuk membantu rakyat mengharungi cabaran semasa dan memulakan kehidupan yang lebih terjamin.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023· Politik
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Lagi Politik terkini
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok