Penyokong UMNO pakai baju-T Perikatan Nasional iring Shahidan

November 5, 2022 · Politik

‘Warlord’ UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim, yang digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini, tiba di Politeknik Tuanku Syed Sirajudin di Arau, dengan diiring sekumpulan besar penyokong UMNO, tetapi semuanya memakai baju-T Perikatan Nasional (PN).

Penyokong Shahidan jauh mengatasi pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Gerakan Tanah Air (GTA), malah BN dipimpin UMNO, yang turut berkumpul di luar kolej yang berperanan sebagai pusat penamaan calon pagi ini (Sabtu, 5 November 2022).

Shahidan, yang berdiri di hadapan kumpulan itu, tersenyum lebar ketika penyokongnya melaungkan “Hidup PN” berulang kali.

Ini mendorong penyokong saingan PH untuk melaungka “Reformasi”.

Suasana riuh berterusan sehinggalah anggota keselamatan melangkah masuk untuk meningkatkan jarak antara kedua-dua penyokong bagi mengelak keadaan menjadi semakin tidak terkawal.

Shahidan menyeberang kepada PN selepas pucuk pimpinan UMNO menafikan usahanya untuk bertanding semula di kerusi Parlimen Arau, awal minggu ini.

Tiga pencabarnya yang diketahui setakat ini ialah Datuk Rozabil Abd Rahman daripada BN; Fathin Amelia Fazlie (PH); dan Abdul Razak Abdul Khalek (GTA).

Pencalonan bagi merebut 222 kerusi Dewan Rakyat dibuka secara rasmi pada jam 9 pagi hingga 10 pagi di seluruh negara hari ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
1 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
2 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
7 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
1 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
5 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
7 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
8 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok