Penyokong terus kecam kebodohan pemimpin PH, DAP tolak tawaran Muhyiddin

August 22, 2021 · Politik

Pemimpin veteran DAP yang masih menerajui parti itu dan dianggap ‘taiko’ terus menerima kecaman serta serangan daripada penyokong parti itu, susulan keengganan menerima pelawaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mewujudkan kerjasama bipartisan.

Pada masa sama mereka turut mengecam parti itu kerana masih bergantung kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih bermimpi untuk menerajui gabungan Pakatan Harapan (PH) dan menjadi Perdana Menteri (PM).

Kerakusan mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan PM kerajaan yang turut dianggotai DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) juga dijadikan bahan untuk mengecam kepimpinan PH.

Kerana mendesak Dr Mahathir menyerahkan jawatan PM kepada Anwar, akhirnya DAP dan PH tidak lagi menjadi kerajaan.

Mereka menyifatkan pemimpin tua di dalam PH tidak mempunyai visi, sebaliknya lebih banyak mengkritik pemimpin muda yang memberi pendapat lebih baik dan berwawasan.

Penyokong DAP dan PH melihat pemimpin muda dalam parti itu seperti Ahli Parlimen (MP) Damansara, Tony Pua dan MP Bangi, Ong Kia Ming, lebih berwawasan berbanding pemimpin tua.

Kecaman terhadap pemimpin veteran seperti anak beranak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Anwar muncul setelah PH menolak mentah-mentah pelawaan Muhyiddin untuk mewujudkan kerjasama bipartisan dalam usaha menangani krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Kecaman mereka ditambah dengan ‘kekalahan’ Anwar dalam perebutan jawatan PM kesembilan kerana tidak mendapat sokongan, sebaliknya MP Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO yang terpilih setelah mendapat sokongan Perikatan Nasional (PN).

Menurut mereka, PH sepatutnya menerima tawaran Muhyiddin untuk melakukan reformasi Parlimen. Selepas beberapa bulan, Parlimen akan dibubarkan untuk membolehkan PRU15, tetapi sekurang-kurangnya undang-undang baharu telah diluluskan.

Cadangan Muhyiddin yang menetapkan seseorang boleh menjadi PM tidak lebih dua penggal, peruntukan kepada MP pembangkang, undang-undang antilompat, semua itu adalah adil serta memberi kebaikan kepada negara dan rakyat.

Menurut mereka hanya Tony Pua dan Kia Ming sahaja yang melihat semua tawaran Muhyiddin itu demi negara dan rakyat, tetapi pemimpin lain di dalam PH hanya mementingkan kuasa.

“Akhirnya strategi tidak menjadi dan semuanya terlepas. Eloklah dilakukan reformasi dan peralihan kuasa di dalam DAP dan PH terlebih dahulu,” kata mereka.

Sesetengah penyokong PH juga melihat Anwar sebagai punca masalah di dalam PH. Mereka kecewa kerana masyarakat Cina tidak melihat Anwar sebagai masalah utama.

“Kenapa sukar bagi orang Cina melihat Anwar sebagai masalah utama? Mabuk ke? Tendang dia keluar… cuba sesuaikan cara berfikir baharu seperti dilakukan Tony Pua dan Kia Ming… pasti DAP akan mendapat sokongan lagi pada pilihan raya akan datang… jika mengikut Anwar akan dapat mimpi saja,” kata seorang penyokong ketika memberi komen di laman Facebook Tony Pua.

Penyokong DAP dan PH kini melihat Anwar seorang yang gila kuasa dan harus diganti dengan pemimpin yang lebih muda. Semuanya gara-gara ingin mengejar kerusi PM hingga mengetepikan negara dan rakyat.

“Kerana menolak tawaran PN (Muhyiddin) untuk berebut jawatan PM, akhirnya semua terlepas… jawatan PM tidak dapat kepada Anwar… ini semua perjudian tapi lihat dahulu peluang yang ada.

“Harus terima cadangan (Muhyiddin) itu. Bekerjasama secara berpartisan memberi peluang berada di dalam pentadbiran kerajaan… Parlimen tidak lama lagi akan bubar, lepas itu bertandinglah,” kata mereka.

Ada juga penyokong yang kecewa apabila Anwar hanya berdiam diri apabila Tony Pua dan Kia Ming dikecam oleh pemimpin DAP, sedangkan cadangan kedua-dua MP itu supaya PH melihat kepada tawaran Muhyiddin adalah demi kebaikan rakyat dan negara.

“Tawaran Muhyiddin itu adalah peluang keemasan. Sama ada beliau akan menepati janji atau tidak bukan fokus utama sebab PH tidak rugi apa-apa kerana yang membuat tawaran adalah ketua kerajaan, bukan diminta oleh PH. Lagi pula ia akan memberi keuntungan kepada rakyat dan PH dalam jangka masa panjang,” kata mereka.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
23 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok