Penyokong tegar Zahid berang dikritik “binatang politik”

April 20, 2021 · Politik

Beberapa penyokong tegar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gagal mengawal emosi dan naik berang susulan kritikan seorang pemimpin Bersatu yang menyifatkan kumpulan penentang dalam UMNO yang tidak mesra dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai “binatang politik”.

Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman dalam satu kenyataan semalam berkata Kluster Mahkamah adalah sekelompok “binatang politik” yang sudah terlalu lama menjadi “warlord” dalam kancah politik negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub tidak dapat menahan kemarahan dengan kritikan tersebut dan membalas kritikan tersebut dengan mendakwa Bersatu dipenuhi “Kluster Katak”.

“Tahukah kamu Faiz, yang melompat itu adalah lebih kotor dan jijik daripada ‘Kluster Mahkamah’. Mereka melompat untuk menyucikan diri daripada dikenakan pertuduhan di mahkamah.

“Parti kamu itu penuh dengan binatang politik dan harus kamu ingat, mereka yang kamu gelarkan ‘Kluster Mahkamah’ inilah yang menyokong Presiden (Bersatu) kamu untuk menjadi Perdana Menteri,” kata Jazlan yang baru-baru ini mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Jazlan juga antara nama yang disebut Zahid dalam klip audio tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini disusun Presiden UMNO itu semasa wakil pembahas terakhir pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) lalu untuk menarik ahli-ahli UMNO atas pagar untuk menolak kerjasama dengan Bersatu.

Beliau juga membidas Bersatu sebagai parti yang memiliki kandang katak.

“Kamulah sebenarnya rakan kongsi kepada mereka ini. Kamu ini boleh disifatkan sebagai pemelihara dan pemilik kandang katak,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah pula membidas Faiz sebagai seekor ‘anjing salakan politik’.

“Anjing salakan ini harus faham dan terima kenyataan penubuhan PN adalah kerana sokongan UMNO, tanpanya tidak mungkin Presiden Bersatu boleh jadi Perdana Menteri,” katanya lagi.

Armand juga salah seorang pemimpin yang sering berdampingan setia dengan Zahid dan menjadi penyokong tegar Presiden sejak awal penyertaannya bersama parti itu.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok