Penyokong tegar Anwar hina Agong ditahan, PKR enggan tampil bela

May 30, 2021 · Politik

PKR enggan tampil membela seorang penyokong tegar Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditahan polis semalam susulan tindakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menyifatkan kenyataan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni tersebut tidak mewakili pendirian parti  dan video tular tersebut sememangnya diketahui pimpinan PKR.

“Kenyataan-kenyataan beliau tidak sama sekali mewakili pendirian PKR, sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan Institusi Raja-raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Fahmi juga berkata parti hanya mengambil tindakan terhadap Iswardy selepas siasatan polis lengkap berhubung isu tersebut.

“Oleh kerana isu video Iswardy kini telah menjadi kes siasatan polis, PKR akan menunggu hasil siasatan tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap beliau,” katanya.

Iswardy Morni biadab dan menderhaka terhadap Agong dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam program secara langsung di Youtubenya.

Ahli PKR berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak itu secara sinis dengan berniat jahat menyindir Raja Permaisuri dan mendakwa Sultan Abdullah tidak mengambil sebarang tindakan ketika krisis pandemik Covid-19 kerana mahu melihat rakyatnya meninggal dunia.

Lebih melampau, Iswardy sambil tersenyum sinis dan seolah-olah bangga dapat mengkritik Tuanku dihadapan 6,0000 penonton yang didakwa bersamanya dalam siaran langsung tersebut.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tiga kertas siasatan dibuka berikutan laporan dibuat berhubung video berkenaan.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita berkaitan
Usul bahas isu ekonomi dan kejatuhan ringgit ditolak Dewan Rakyat
14 jam lalu· Isu semasa
Bolehkah Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan bubar Parlimen?
18 jam lalu· Politik
Pendedahan Zaharin timbul tanya, PM mengadap Agong hari ini?
19 jam lalu· Politik
Sidang Dewan Rakyat bermula ketika UMNO desak PRU-15 segera pada musim banjir
19 jam lalu· Isu semasa
Popular
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
October 3, 2022
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
October 3, 2022
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
October 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
10 jam lalu · Politik
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
11 jam lalu · Politik
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
13 jam lalu · Politik
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
14 jam lalu · Politik
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
8 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok